MEMUAT

Taip untuk mencari

Blacklist International Bina Divisi Dota 2 Bersama RSG

ai hyprgame
Kongsi
Blacklist International Bina Divisi Dota 2 Bersama RSG

Pasukan gergasi Mobile Legends Bang Bang di Filipina iaitu Blacklist International kini telah memasuki arena esukan kompetetif bagi divisi Dota 2. Organisasi ini telah pun mendapatkan slot Divisi 1 bagi Dota Pro Circuit DPC Southeast Asian Regional League daripada organisasi di Singapura iaitu RSG.

Kredit : Dot Esports

Pengumuman ini rasminya telah dibuat oleh CEO Blacklist International atau Tier One Entertainment menerusi akaun media sosial rasmi miliknya. One Tier Entertaiment menerupakan agensi yang menguruskan Blacklist International juga berterima kasih kepada pengasas RSG dan CEO Jayf Soh diatas kerjasama ini.

Kini mereka sedang mencari pemain bagi mengisi Roster Dota 2 ini.

“This is so unreal but like what I said before, if your dreams don’t scare you, they aren’t big enough. Our journey back to the first game I fell in love with starts today,” – Gutierrez.

Kredit : Tryke Gutierrez

” Ini seperti mimpi, Tetapi jika mimpi tidak menakutkan anda, Mimpi ini tidaklah sebesar mana. Perjalanan kita seperti kembali kepada perlawanan pertama yang lepas ini membuatkan saya sukakan dengan permulaan hari ini.” – Gutierrez

Guttierrez juga sangat berbesar hati dengan sahabatnya Jayf Soh dan RSG kerana profesional sepanjang proses melaksanakan projek ini.

Setakat ini CEO dan Co-Founder Tier One Entertainment belum lagi mengumumkan tentang siapa yang akan mengisi kekosongan Roster Dota 2 ini. Walaubagaimanapun dia telah memberikan tanda “hint” yang awal bulan ini akan ada pembinaan kepada pasukan impian Filipina nanti.

Warganet juga tidak menyangka yang khabar angin atau sekadar gurauan ini telah pun menjadi kenyataan. Ini kerana Gutierrez pernah menyebutkan tentabg impiannya untuk membina pasukan Dota 2 dibawah nama Blacklist International

“This year, it’s happening,” Gutierrez

“Ianya terjadi di tahun ini .” Gutierrez

Seperti yang anda telah ketahui, The International 2022 TI11 baharu sahaja melabuhkan tirainya dan kini mereka semua sedang didalam proses untuk mengemaskini Roster masing-masing. Malahan masih ada lagi beberapa pemain Filipina yang masih belum rasmi menandatangani sebarang kerjasama dengan pasukan pilihan bagi persediaan musim DPC akan datang.

Kredit : Yahoo Esports and Gaming SEA

Diantara pemain yang masih menjadi Free Agent adalah terdiri daripada Abed, Kuku, Raven, Yopaj, Tims, Skem, Natsumi, Lelouch, Force, Xavius dan Eyyou. Kesemua mereka datang daripada pasukan berlainan dan mempunyai pengalaman yang baik di Dota 2 ini.

Selain penubuhan divisi Dota 2 ini, Blacklist International juga aktif didalam Mobile Legends Bang Bang MLBB,LoL Wild Rift, PUBG Mobile, COD dan juga Garena Free Fire.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya