MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Kolaborasi PUBG MOBILE x Maserati

ai hyprgame
Kongsi
Kolaborasi PUBG MOBILE x Maserati

PUBG Mobile telah pun mengumumkan yang mereka akan berkolaborasi dengan jenama kereta terkemuka dunia Maserati bagi projek seterusnya.

Kredit : PUBG Mobile

” We’re excited to announce a partnership with the legendary car maker Maserati! Go Beyond All Boundaries and take the wheel of the Maserati MC20 and Levante, available in the battlegrounds NOW!” – PUBG Mobile

” Kami teruja untuk mengumumkan kerjasama dengan pembuat kereta lagenda Maserati! Bergerak melalui pelbagai sempadan dan roda Maserati MC20 dan Levante kini tersedia di Battlegrounds! ” – PUBG Mobile

Krafton sebenarnya telah pun memberikan teaser berkaitan Kolaborasi didalam beberapa laporan media. Tetapi tarikh rasmi dan butiran terperinci tentang kolaborasi ini belum lagi diumumkan.

Walaupun tarikh kolaborasi ini belum diumumkan sepenuhnya, Pemain sudah boleh bersiap sedia dengan penggunaan model kereta Maserati yang popular iaitu Levante dan MC20.

Mungkinkah kita dapat melihat skin istimewa berkonsepkan Maserati Lavente dan MC20? Tentu sekali ada kemungkinan harga yang ditawarkan untuk skin ini akan sedikit mahal mengikut jenama yang premium ini.

Berkonsepkan Free-To-Play shooter yang menawarkan barisan panjang dengan aksesori dan kosmetik akan dibeli menggunakan UC (Unknown Credits)

Sementara itu kolaborasi PUBG Mobile X Lionel Messi masih lagi berlangsung bersempena dengan Piala Dunia 2022 nanti. Kolaborasi yang berkonsepkan sukan bola sepak ini menampilkan Lionel Messi dan pelbagai item, acara mahupun ganjaran menarik kepada pemain.

Tambahan lagi, Menerusi Patch 2.3 PUBG Mobile yang telah dikemaskini membolehkan pemain untuk menikmati pelbagai ganjaran dan pengalaman permainan yang mengujakan sempena kolaborasi baharu PUBG ini.

Apa kata sementara menunggu PUBG Mobile X Maserati anda layan dulu Lionel Messi di Battlegrounds?

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *