MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

ONIC Esports Back To Back Juarai MPLI

ai hyprgame
Kongsi
ONIC Esports Back To Back Juarai MPLI

Perlawanan sengit antara Geek Fam dan Onic Esports di pusingan Grand Final MPLI 2022 berakhir dengan kemenangan Onic Esports Indonesia. Sebanyak 5 Game dilalui dengan penuh cabaran akhirnya membuahkan hasil kemenangan sebanyak 3-2 buat Onic Esports.

Pasukan ini berjaya menjadi juara MPL ID S10 baru-baru ini dan kali ini mereka mendapat kemenangan kali kedua di MPLI 2022 pula. Mereka berjaya mendominasi perlawanan dan memegang gelaran Back To Back Champion.

Match pertama mereka adalah berhadapan dengan juara M2 iaitu Bren Esports dan berjaya meratakan musuh dengan skor 2-1. Kemudian masuk ke babak Grand Final mereka dipertemukan semula dengan wakil Indonesia yang lain iaitu Geek Fam. Pasukan Geek Fam sempat menewaskan juara M3 Blacklist International dan cuba mendominasi perlawanan dengan Chou Luke ketika berhadapan dengan Onic Esports.

Walaubagaimananpun kehadiran Kairi dan rakan-rakannya bersama Onic Esports berjaya menghalang dominasi Geek Fam bagi dua game seterusnya.

Pada Match ke-5, Moskov yang digunakan oleh CW berjaya menghentikan Fanny Janaaqt sekaligus membantu Onic Esports menewaskan Geek Fam dan menjuarai MPLI 2022.

MPLI 2022 merupakan salah satu perlawanan yang mempertemukan 20 pasukan daripada 5 buah negara untuk merebut prize pool sebanyak $100.000 USD.

Acara yang menyerikan bulan November ini melalui 4 hari yang penuh sengit bertemankan dengan dua wakil Indonesia, ONIC Esports dan Geek Fam bertemu di Grand Finale.

Apakah Onic Esports akan terus mengekalkan prestasi ini ketika di M4 kelak ? tunggu dan lihat nanti.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *