MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Sedia Dengan Global Chicken Cup Di Battlegrounds PUBGM!

ai hyprgame
Kongsi
Sedia Dengan Global Chicken Cup Di Battlegrounds PUBGM!

Baru-baru ini PUBG Mobile telah mengumumkan kolaborasinya bersama Lionel Messi yang merupakan pemain boleh sepak terkenal dunia. Rupa-rupanya hasil kolaborasi ini akan menghadiahkan satu lagi acara iaitu Global Chicken Cup di medan pertempuran PUBG Mobile nanti.

Kredit : PUBG Mobile

PUBG Mobile telah memuatnaik satu video di Youtube berkenaan Global Chicken Cup dan ganjaran lain yang menanti pemain PUBG Mobile sempena kolaborasi ini.

Dikhabarkan yang PUBG Mobile November ini akan diserikan dengan pelbagai kemaskini (update) yang akan memberikan pengalaman permainan menakjubkan kepada pemain.

Global Chicken Cup akan dilancarkan secara rasmi di PUBG Mobile, Pemain boleh memulakan perlawanan dengan tema festival bola sepak dan Football Theme Areas di Erangel.

Pemain dapat menikmati pemandangan seni reka yang menarik di Grand Football Theme Park ini sekaligus meneroka pelbagai item dan aksesori untuk pertempuran nanti.

Malahan terdapat juga Roller Coster Ride di trek taman tema tersebut dengan interaktif istimewa tanpa merasa bimbang jika disingkirkan awal daripada perlawanan.

Terdapat juga pelbagai jenis kawasan bola sepak di Erangel yang membolehkan pemain untuk menunjukkan kebolehan mereka dengan kasut bola yang baharu untuk semua orang.

Pastikan anda memakai kasut tersebut bagi melengkapkan kostum anda dan dapatkan ganjaran dengan setiap gol ketika cabaran. Malahan bola tersebut juga mempunyai kesan-kesan khasnya tersendiri dan anda hanya perlu tunggu sedikit masa lagi untuk mengetahui lebih lanjut.

Kredit : PUBG Mobile

Banyak lagi ganjaran dan efek khas yang pemain akan nikmati didalam versi baharu ini. Jom tonton video preview Global Chicken Cup di Youtube sekarang dan rasai keterujaannya.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *