MEMUAT

Taip untuk mencari

DRX Juarai LoL Worlds 2022

ai hyprgame
Kongsi
DRX Juarai LoL Worlds 2022

League of Legends LoL telah pun menjumpai juara baharunya iaitu DRX yaang telah mengalahkan T1 dengan 3-2 di LoL World 2022 Finals.

Selama 5 pusingan mereka bertarung dan sempat menyamakan kedudukan di match ke-4, Tetapi kedua-duanya tidak ingin mengalah untuk memahkotakan pasukan sebagai juara.

Pusingan Finals ini berlangsung di Chase Center Sam Francisco pada 5 November 2022 yang menemukan kedua-dua juara daripada LoL Korea (LCK) in ditonton oleh 16,000 penonton. Kemenangan pasukan DRX ini menjadi mereka pasukan pertama yang memenangi kejohanan ini selepas beraksi di peringkat Play-In.

Walaupun T1 merupakan pasukan terbaik, Ianya tidak mematahkan semangat DRX untuk menang dan terima kasih kepada Kim Geon-Woo atau lebih dikenali sebagai Zeka yang berjaya menguasai perlawanan finals tersebut.

Untuk pengetahuan anda, Kemenangan DRX ini seolah-olah menebus LoL World 2014 kerana hanya berjaya menamatkan perjalanan mereka di Quarterfinals sahaja.

Pasukan DRX yang dibarisi oleh Kim Gu-taek ( Stax), Goo Sang-Min (Rb), Kim Gi-seok (Zest), Yu Byung-chul (Buzz), Kim Myeong-kwan (Mako), Dan Jung Jae-sung (Foxy9) akhirnya berjaya membuktikan tidak ada pemain yang terlalu tua atau lambat untuk memenangi sesuatu kejohanan. Sehinggalah hari ini DRX bangkit dan memegang trofi kejuaraan.

LoL World Championship 2022 dikatakan sebagai acara esukan yang paling berprestij ini telah menawarkan prize pool sebanyak $2,225,000 USD. DRX berjaya membawa pulang hadiah wang berjumlah $489,500 USD beserta piala kejuaraan rekaan jenama perhiasan permata terkenal Tiffany & Co. Manakala Naib Juara (2nd Runner Up) T1 membawa pulang hadiah wang berjumlah $333,750 USD.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *