MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Team Aster Tidak Setuju Xxs Bersara ?

ai hyprgame
Kongsi
Team Aster Tidak Setuju Xxs Bersara ?
Kredit : Liquipedia

Hangat di media sosial tentang Team Aster yang dikhabarkan tidak setuju dengan pemain mereka Xxs untuk bersara daripada Dota 2. Menurut laporan di media sosial, Xu Zhilei (BurNIng) sebagai co-founder menjelaskan yang keputusan tidak bersetuju ini datangnya daripada pemilik organisasi ini. Memandangkan kedua-dua pihak iaitu Xxs dan Team Aster tidak mengulas isu ini, Ianya masih tiada jawapan tentang sebab disebaliknya.

Xxs atau nama sebenarnya Lin Jing berperanan sebagai Offlane didalam pasukan ini, Dan menyertai Team Aster bersama dengan Ye Zhibiao (Boboka) sejak tahun 2018. Baru-baru ini Team Aster telah pun bersaing di The International 2022 TI11 sekaligus menamatkan perjalanan mereka di kedudukan Top 4.

Kredit : CN Dota In A Nutshell

Tangkap layar daripada seorang pengguna di Twitter telah mencetuskan seribu pertanyaan buat warganet apabila mendedahkan yang Team Aster menolak persaraan Xxs daripada divisi ini.

Nampaknya sebab sebenarny organisasi ini menolak persaraan Xxs ini masih tidak jelas, Tetapi ianya mungkin disebabkan oleh tempoh kontrak mereka yang masih ada menyebabkan mereka masih perlu bekerjasama. Bintang Dota 2 ini memulakan karier profesionalnya sejak 2015, Dan telah membawa BoBoKa untuk membuktikan mereka mampu menjadi pemain sengit buat Team Aster.

Walaupun Team Aster telah melalui pelbagai Roster sejak 3 tahun ini, Xxs dan BoBoKa masih kekal kuat berjuang bersama membina Team Aster.

Walaupun prestasi mereka pada masa lalu agak rendah ketika di LAN, Mereka semakin membaikpulih dan bangkit pada tahun ini. Pasukan ini telah mencatat pelbagai pencapaian termasuk di PGL Arlington Major 2022, ESL One Malaysia dan terbaharu di TI11 dengan membawa pulangan hadiah sebanyak $1,135,835 USD .

Pasukan ini menunjukkan kekuatan mereka di acara-acara ini sehingga memberikan tekanan kuat kepada pasukan lawan. Malahan di Playoff juga prestasi mereka baik walaupun dengan tekanan yang tinggi.

Kita mungkin akan mellihat pasukan China juga akan mengikuti langkah untuk menukar roster ” Roster Shuffling” yang selalu terjadi di dunia esukan Dota 2 ini. Walaubagaimanapun, Didalam keadaan ini Xxs masih menjadi sebahagian daripada Team Aster sehinggalah Roster sebenar dikeluarkan mereka buat Dota Pro Circuit (DPC) 2023.

It remains to be seen if the Chinese team will also follow the trend of mega roster shuffles happening around the whole professional Dota 2 scene. However, in the current state of affairs, Xxs remains a member of the team. Currently, it is unclear what will happen to the remaining players and, since this roster shuffle is likely to last for quite some time, we have a while until we see Aster’s final roster for the Dota Pro Circuit (DPC) 2023.

Xxs seorang pemain Dota 2 profesional yang sangat berpengalaman kerana sebelum menyertai Team Aster sejak 2018 dan sehingga sekarang, Dia sempat menimba pengalaman bersama pasukan DK Scuderia pada 2015, iG Vitality pada 2016 dan Invictus Gaming pada tahun yang sama sehingga 2018.

Daripada segi pencapaian Xxs pula adalah di National Electronic Asia 2016, Dota 2 Asia Championship 2018, StarLadder Imba TV Dota 2 Minor S3, i-League 2021 S1, Intel World Beijing, ESL One Malaysia 2022, TI11 dan banyak kejohanan lain lagi.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya