MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

AXG Undur Diri Daripada Arena Esukan

ai hyprgame
Kongsi
AXG Undur Diri Daripada Arena Esukan

Setiap permulaan pasti ada pengakhiran, Begitulah juga hal yang sama terjadi kepada divisi esukan kompetetif iaitu Anbu X Gaming atau lebih dikenali dengan singkatan nama AXG untuk mengundurkan diri

“Signing out…Adios !!! ” – Anbu X Gaming

“Keluar…Selamat Tinggal ! .” – Anbu X Gaming

11 jam yang lalu, Anbu X Gaming memuat naik satu hantaran di akaun media sosial rasmi mereka berkenaan penutupan skuad esukan ini dengan serta-merta daripada arena esukan Malaysia.

Didalam hantarang itu juga Anbu X Gaming tidak melupakan penhargaan kepada semua komuniti esukan khususnya yang selama ini menyokong perjalanan divisi ini. Segala jasa semua amatlah Anbu X Gaming hargai.

Pasukan Anbu X Gaming merupakan organisasi esukan yang bergiat aktif didalam permainan peranti mudah alih Mobile Legends Bang Bang MLBB dan pelbagai perlawanan secara offline sejak 2020.

Kredit : Anbu X Gaming

Selain itu Anbu X Gaming juga telah menubuhkan banyak pasukan dibawah jenamanya yang sama seperti AXG Akatsuki, AXG Prodigy, AXG Neon, AXG Synyster dan lain-lain lagi.

Selama bergiat didalam arena esukan MLBB ini, Anbu X Gaming telah menimba pelbagai pengalaman seperti menjuarai Geek Fammunity Mobile Legends Online Cup 2020, 515 Eparty Tournament Kepong, Kejohanan MY Esports Peringkat Negeri Pahang 2.0 Stay @ Home Challenge, Ampang 515 eParty 2, Kejohanan M8Hexa, Stay At Home League, Undercover Champion League, Battle of Shinobi, XM Esports Cup, liga semi profesional (MSPC) dan lain-lain lagi.

Kami di Hyprgame mengucapkan terima kasih sepanjang persembahan AXG menyerikan arena esukan MLBB, Selamat maju jaya ! GG!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *