MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

ATF Bukan Lagi Dengan Lineup OG

ai hyprgame
Kongsi
ATF Bukan Lagi Dengan Lineup OG

Selepas sehari tamatnya The International 2022 TI11, Pemain Offlaner Ammar Al-Assaf ATF daripada pasukan OG telah dilepaskan dan dibenarkan untuk mencari peluang baharu buat kariernya.

Kredit : OG

Pengumuman ini telah dinyatakan menerusi akaun media sosial rasmi OG sendiri untuk melepaskan bintang Jordan ini daripada divisi OG.

Setakat ini belum lagi ada sebarang kenyataan berkenaan pemilihan pasukan yang akan disertai ATF berdasarkan prestasinya sepanjang musim ini. Sudah sepatutnya dia kini mempunyai barisau (lineup) terbaik yang sesuai untuk persediaan bagi perlawanan di muism yang akan datang. Malahan beberapa pasukan di negara Eropah juga telah mengemaskini roster baharu mereka selepas tamatnya TI11.

Walaubagaimanapun pun tarikh akhir untuk mendaftarkan Roster bagi Dota 2 Pro Circuit juga belum diumumkan setakat ini. Terkini ATF sudah tidak lagi menjadi sebahagian daripada lineup OG yang aktif.

“Our offlaner @AmmarAlassaf6 (ATF) has been moved to our inactive roster & will be able to explore his options this season,” – OG

” Offlaner kami @AmmarAlassaf6 (ATF) telah dipindahkan sebagai roster yang tidak aktif dan bebal untuk meneroka pilihannya dimusim ini.” -OG

Segala kerjasama ATF didalam pembangunan pasukan dan khidmatnya sepanjang tahun ini amatlah dihargai. Daripada bintang pub sahaja di membuktikan kemampuannya menjadi antara yang terbaik didunia menerusi esukan kompetetif Dota 2 ini. Sudah tentu hal ini amatlah membanggakan kerana ATF menjadi sebahagian daripada OG.

Untuk pengetahuan anda, ATF menyertai OG pada awal musim ini dah telah memenangi $1.45 Juta USD sepanjang tahun termasuklah meletakkan pasukannya di Top 3 Dota 2 Pro Circuit (DPC) pada 2021/2022 dan juga acara lain.

Kehebatannya terserlah ketika di ESL ONe Stockholm 2022 saat OG berjaya menewaskan pasukan lawannya di DPC Major. Dota 2 Pro Circuit 2022/2023 akan dijangka bermula pada 11 Disember 2022 ini. Sudah tentu akan ada kelainan setelah perpindahan ATF daripada OG demi prospek kerjayanya nanti.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *