MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Wild Rift Patch 3.5 Debut Kayn Dan Aatrox

ai hyprgame
Kongsi
Wild Rift Patch 3.5 Debut Kayn Dan Aatrox
Kredit : Wild Rift

Wild Rift telah memuatnaik preview video di Youtube berkenaan dengan Patch 3.5 terbaharu mereka yang akan menampilkam Kayn dan Aatrox sebagai hero.

Kredit : Wild Rift

Debut Patch 3.4 telah hangat pada 2 November 2022 yang lalu dan membawa beberapa perubahan kecil. Kemaskini ini tidak mempunyai “nerfs” yang hanya mampu membuat perubahan minimal (limited) kepada meta.

Kita telah ketahui yang Riot mempunyai buff champions dan item yang banyak dan mereka tidak melakukan perubahan secara drastik kepada patch tersebut.

Kredit: Wild Rift

Mereka kini menfokuskan kepada Patch 3.5 dengan mod permainan baharu yang didatangkan dengan dua champion baharu iaitu Kyan dan Aatrox. Malahan terdapat juga perubahan besar pada corak permainan didalam patch baharu ini.

Video pra tonton Patch 3.5 telah dilancarkan pada 3 November 2022 yang lalu ini, Kayn dan Aatrox dikhabarkan kan melakukan debut kepada patch ini. Malahan Lilie juga diumumkan sebagai Champion didalam patch ini dengan kelebihan “Four Legged Deer”.

Menarik tentang Riot sebagai sang pembangun ini, Mereka gemar melancarkan 2 champion didalam satu masa sekaligus bersempena meraikan acara terbesar ini.

Lilia akan dilancarkan secara berasingan mungkin selepas Kayn dan Aatrox yang membawa kepada “Double Release” seperti di Patch 3.4 yang lalu.

Kayn merupakan Jungler Assasin yang dibina dengan dua elemen Blue atau Red Kayn sekaligus dapat menentukan gaya permainannya secara versatile.

Kebolehan Kayn adalah berjalan menempuh dinding yang mungkin menjadi masalah kepada Wild Rift kerana peta nya yang kecil, Dan corak permainan yang pantas.

Manakala wira baharu Aatrox pula sangat berfungsi di Baron Lane dengan kelebihan “effect abilities” mampu mengawal dan menewaskan musuhnya.

Walaubagaimanapun, Kita tidak dapat menilai kekuatan wira ini sehinggalah percubaan permainan dilancarkan “Play Testing”.

Wira ketiga iaitu Lilia boleh dikatakan sebagai wira pertama yang dilancarkan di Patch 3.5 dengan kebolehan “Four Hoooves” untuk mengawal sekeliling peta sekaligus menggunakan kelajuannya untuk menangkap target.

Selain kehadiran karakter-karakter ini didalam Patch 3.5, Riot juga melancarkan Mod Baru Permainan One For All yang diambil daripada mod permainan League of Legends PC yang kini akan menjadi debut didalam MOBA.

Setiap pasukan mempunya single champion yang menuntut semua pemain untuk bermain dengan pick yang sama. Ini akan memberikan pertempuran pasukan dengan meriah saat Blitzcranks melaawan Sorakas.

Jika di Patch 3.4, Pembangun Wild Rift memberi prioriti kepada Support Role yang menyeimbangkan item dan keupayaan role tersebut. Di Patch 3.5 pula Riot ingin membuatkan Jungle Role semakin mudah dengan Jungle Camps, dan Jungle Baharu yang lebih eksklusif.

Teruskan ke media sosial rasmi Wild Rift untuk sebarang update dan info terkini!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *