MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Amoux Kembali Menyertai Todak

ai hyprgame
Kongsi
Amoux Kembali Menyertai Todak

Setelah lama menanti, Akhirnya Todak kini meraikan kedatangan semula Amoux bagi divisi Todak Mobile Legends Bang Bang MLBB secara rasminya bagi persediaan perlawanan seterusnya nanti.

” WELCOME BACK TO THE TEAM!Todak ingin mengumumkan bahawa Amoux kini kembali secara rasminya menjadi jurulatih kepada Todak MLBB.Semoga kita semua lebih bersemangat untuk langgar pada perlawanan yang seterusnya!Sekali lagi kami ingin mengucapkan, WELCOME BACK AMOUX!” – Todak

Ariff Iswandi atau dikenali sebagai Amoux didalam arena esukan kompetetif ini merupakan pemain daripada Singapura yang kini akan berperanan sebagai Jurulatih kepada pasukan Todak.

Bintang Mobile Legends Bang Bang MLBB ini telah memulakan kariernya bersama pasukan Todak sejak 2020 lagi. Walaubagaimanupun Amoux telah menukar angin dengan menyertai organisasi daripada Indonesia iaitu Bigetron Alphapada tahun yang sama dan menyertai Geek Fam pada Disember 2020.

Amoux kini kembali semula menyarung jersi Todak setelah tamat berkhidmat dengan pasukan Geek Fam pada November 2022. Sepanjang perjalanan kariernya sebagai pemain esukan kompetetif inu, Amoux telah menimba pelbagai pengalaman termasuklah MPL MY/SG S3, MPL MY/SG S4, M1 World Championship, MPL MY/SG S5, MPL ID S6, One Esport MPLI 2020, MPL MY S7, MPL MY S8, Dan MPL MY S9.

Semoga “Comeback” Amoux didalam divisi ini akan memberikan prestasi yang terbaik buat Todak sekaligus memberikan saingan sengit di Land Of Dawn selepas ini. Selamat datang Amoux!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *