MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Soniqs Tidak Ada Di Divisi Dota 2 Lagi

ai hyprgame
Kongsi
Soniqs Tidak Ada Di Divisi Dota 2 Lagi

Setelah kekecewaan di acara The International TTI11 yang baharu sahaja menutup tirainya dengan kemenangan Tundra Esports daripada Indonesia. Pasukan Soniqs kini dikhabarkan telah keluar daripada divisi Dota 2, Selepas 3 bulan aktif didalam arena esukan kompetetif ini.

Pasukan ini kini melepaskan seluruh roster mereka yang merupakan ahli pasukan kepada Quincy Crew (Pasukan Amerika Selatan). Quincy Crew ditubuhkan ketika ingin bersaing didalam acara Dota Pro Circuit 2018/2019 dan kemudian ditubuhkan semula pada 2019/2020 untuk Dota Pro Circuit.

Soniqs merupakan organisasi esukan yang berpengkalan di Harrisburg, Pennsylavia sejak Febuari 2019 bagi divisi Rainbow 6, PUBG, Valorant dan juga Rocket League. Kemudian organisasi membuka divisi Dota 2 pada Ogos 2022 untuk persedian di The International TI11.

Kredit : ChaosEC

Organisasi ini telah melepaskan Rodrigo Santos iaitu Leslao sebelum mengambil Clairvoyance sebagai Ketua Jurulatih (Head Coach) sempena kejohanan The International 2022.

Walaupun menjadi salah satu pasukan yang konsisten di NA DPC, Soniqs juga merupakan salah satu daripada 4 pasukan yang disingkirkan di peringkat kumpulan The International 11 TI11.

Menerusi hebahan di akaun media sosial mereka, Pengurus pasukan Quincy Crew iaitu Jack Chen iaitu KBBQ menyatakan yang pasukan ini pastinya akan kembali semula tetapi nama ini akan digunakan sebagai aspirasi mereka kelak untuk berjaya.

Kredit : Jack Chen

“For now we are scattered to the winds, Some will be taking breaks, others may form or join a stack together.” – KBBQ

” Buat masa sekarang kami hanya akan membawa haluan masing-masing, Ada yang akan berehat dan yang lain mungkin akan membina atau menyertai satu kumpulan secara bersama. ” – KBBQ

Tambahan lagi bekas pasukan ini, Arif Anwar iaitu MSS juga sedang mencari pasukan untuk berada di posisi pemain ke-4 atau ke-5 bagi perlawanan seterusnya nanti.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *