MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Bravo Tidak Lagi Sertai SEM9

ai hyprgame
Kongsi
Bravo Tidak Lagi Sertai SEM9

Perpindahan dan penyertaan lineup baharu bagi sesuatu divisi didalam arena esukan Malaysia khususnya PUBG Mobile Malaysia adalah perkara yang sudah tidak asing lagi. Kebiasaannya lineup dan roster baharu dikemaskini apabila tibanya musim baharu atau berakhirnya kejohanan besar.

Hal yang sama juga terjadi kepada pasukan SEM9 yang semalamn telah mengumumkan ahli pasukannya Bravo sudah tidak lagi bersama divisi ini.

Lokman Hakim atau juga dikenali sebagai Bravo sudah sinonim dengan SEM9 didalam arena esukan kompetetif PUBG Mobile. Memulakan kariernya sebagai pemain profesional sejak 2020 bersama pasukan ESG Gaming, Pemuda berusia 24 tahun ini juga sempat menyertai Dingoz MZ dan Dingoz MPX pada Julai 2020 sehingga 2021.

Bintang PUBG Mobile ini kemudian menyertai Yoodo Gank pada Febuari 2021 sebelum menyertai SEM9 Gank pada tahun yang sama sehinggalah 2022.

Selepas beberapa ketika, Nama SEM9 Gank di jenamakan semula kepada SEM9 pada Mac 2022 dan Bravo masih kekal bersama divisi ini sehinggalah sekarang.

Sepanjang karier Bravo didalam arena ini sudah banyak pencapaian mahupun pengalaman ditimba seperti di PMPL MY SG S1, PMPL MY SG S2, PMPL MY SG S3, PMNC MY 2021, PUBG Mobile XOX Unity League 2021, PMPL MY SG S4, pandapro SEA Cup, Malaysian Esports Selection 2022, PMPL MY SG PH Spring 2022, dan PMPL MY SG PH Fall 2022. Malahan Bravo juga pernah dinobatkan sebagai Terminator di minggu ke-4 PMPL MY SG S2 yang lalu.

Bravo berperanan sebagai Assistant Coach buat SEM9 sejak 3 Oktober 2022 dan sempat menjadi pemain pinjaman buat Farang Guerilla bagi bersempena kejohanan PMPL yang lalu. Walaupun tempohnya berperanan sebagai penolong jurulatih itu adalah singkat, SEM9 sangat menghargai penglibatannya selama ini terhadap organisasi.

Terima kasih kerana membawa nama SEM9 dengan penuh ketekunan sepanjang musim ini. Semoga perjalanan Bravo untuk masa depan nanti akan menjadi yang lebih baik.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya