MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Tundra Esports Juara TI11

ai hyprgame
Kongsi
Tundra Esports Juara TI11

The International 11 bagi sesi 2022 telah pun melabuhkan tirainya semalam dengan menyaksikan kemenangan pasukan Tundra Esports menumpaskan Team Secret sebanyak skor 3-0.

Kredit : The International

Roster Tundra Esports daripada Indonesia yang dibarisi oleh Oliver “skiter” Lepko , Leon “Nine” Kirilin , Neta “33” Shapira , Martin “Saksa” Sazdov , Wu “SneyKing” Jingjun, dan Kurtis “Aui_2000” Ling berjaya membawa pulang wang hadiah sebanyak $8,486,026 USD sekaligus mendapatkan Trofi Aegis Of Champions yang diidamkan selama ini. Manakala Team Secret pula berada di tempat kedua dan membawa pulang $2,452,562 USD sebagai wang hadiah di TI11.

Acara yang bermula sejak 20 Oktober sehingga 29 Oktober ini akhirnya berjaya menamatkan babak terakhir pada 30 Oktober 2022 sekaligus menjadi pertandingan terbesar Dota 2 didunia yang memperlihatkan dua pasukan daripada Upper Bracket dan Lower Bracket dipertemukan untuk bersaing.

Menerusi sumber Youtube Dota 2, Corak, strategi dan semangat berpasukan Tundra Esports yang luarbiasa telah membuatkan pasukan ini mendominasi medan pertempuran di The International 11. Mekanikal yang diberikan menerusi 3 game juga dapat mereka kuasai sehingga membuahkan kemenangan ketika itu.

Untuk pengetahuan anda, Tundra Esports sebelumnya telah berjaya meratakan OG dan Team Aster dengan 2-0 ketika di Upper Bracket. Kemudian Tundra Esports terus mendominasi medan pertempuran sekali lagi apabila menang ke atas Team Secret di Upper Bracket Final dengan 2-1.

Team Secret yang kalah dengan Tundra Esports terpaksa akur untuk turun ke Lower Bracket untuk berhadapan dengan Team Liquid pula. Mereka pada awalnya sudah meletakan harapan yang tinggi untuk membalas dendam terhadap Tundra Esporst setelah berjaya meratakan Team Liquid dengan skor 2-1.

Namun begitu, Nasib tidak menyebelahi mereka apabila hilang momentun ketika di Final Upper Bracket yang menggunakan format Best of 5 (bO5). Team Secret tidak berjaya mengutip sebarang point dan terpaksa akur dengan kekalahan mereka sekali lagi.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di Twitter, Facebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaiĂ 

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *