MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

PMGC 2022, Giliran 4AM Ikuti NOVA Dan LGD

ai hyprgame
Kongsi
PMGC 2022, Giliran 4AM Ikuti NOVA Dan LGD

Akhirnya selepas satu penantian, Pasukan 4AM telah berjaya menamatkan perlawanan kelayakan PEL untuk ke PMGC 2022 dengan kemenangan semalam.

Pasukan 4AM berjaya memecut laju mengatasi pasukan Vision Esports dan Regan Gaming (RSG) ketika di saat-sat akhir perlawanan Grand Final semalam.

Tamatnya kelayakan terakhir ini di PEL PMGC Qualifier, Telah menandakan yang senarai peserta di PMGC 2022 League Stage juga telah lengkap. Pasukan 4AM akan berada di dalam kumpulan kuning (Group Yellow) bersama TEM Entertainment (Thailand), Faze Clan (Thailand), Genesis Dogma GIDS (Indonesia), Geek Fam (Malaysia), D’Xavier (Vietnam), Vivo Keyd (Brazil), Furious Gaming (Chile), Team Falcons (Saudi Arabia), Geekay Esports (Iraq), IHC Esports (Mongolia), Trained to Kill (Nepal), Beşiktaş Esports (Turkey), Game Lord (France), DS Gaming (South Korea), Four Angry Men (4AM( (China), Dan REJECT (Japan)

Selain itu 4AM juga akan menyusuli langkah Nova Esports dan LGD yang telah berjaya meletakan diri mereka di carta tertinggi Peacekeeper Elite League (PEL). Selain Nova dan LGD, Sudah tentu pasukan SMG yang menjuara PEL 2022 akan turut bersaing bersama mereka di PMGC 2022 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Untuk pengetahuan anda seramai 48 pasukan telah dibahagiakan kepada 3 kumpulan yang mempunyai 16 pasukan setiap satu. Ketiga-tiga kumpulan yang terdiri daripada merah, hijau dan kuning akan bersaing secara berasingan di setiap perlawanan mereka bermula 10 November sehingga 27 November 2022 ini.

Berbalik kepada pasukan 4AM pula, Mereka sebelum ini pernah ditolak ketempat kedua pada PMGC 2020 setelah Nova berjaya memintas mereka sekaligus merampas mahkota kejuaraan pada kejohanan tersebut dan membawa wang hadiah berjumlah $712,500.

Kini mereka bangkit semula menebus kekalahan yang lalu dan berjaya membuktikan kemampuan mereka untuk ke peringkat yang tertinggi. 4AM atau juga dikenali sebagai Four Angry Men merupakan organisasi PUBG Mobile di China yang ditubuhkan sejak 2019.

Pasukan ini terdiri daripada Zhang Qi (Manager), Huo Yunlong (Coach), Liang Chao (Training Manager), Dan Zhang Huining (Team Leader) ini sudah tentu akan menjadi pesaing sengit di PMGC 2022 nanti.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya