MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Virtus Pro Serap Pemain Veteran Ketuai Roster Baharu

ai hyprgame
Kongsi
Virtus Pro Serap Pemain Veteran Ketuai Roster Baharu

Beberapa hari yang lalu komuniti esukan kompetetif Dota 2 telah dikhabarkan dengan pengunduran Ramzess daripada divisi Virtus Pro (VP) selepas pasukan ini tersingkir daripada TI11 Last Chance Qualifier.

Hari ini warganet sekali lagi dikejutkan dengan lineup baharu yang mengisi roster Virtus Pro bagi persedian kejohanan musim baharu nanti. Organisasi Rusia ini sepertinya benar-benar ingin menebus apa yang terjadi di TI11 tahun ini dengan kepimpinan yang baharu untuk menstabilkan semula prestasi pasukan ini.

Untuk pengetahuan anda semalam Virtus Pro di akaun media sosial rasminya telah mengumumkan yang mereka telah pun menandatangani kerjasama dengan Alexander Solomonov (Stranger), Timur Kulmukhambetov (Ahilles), dan Ivan Karpov (4SV).

Ketiga-tiga bintang Dota 2 ini merupakan atlet senior yang sudah bergiat didalam arena ini lebih 26 tahun, Malahan Alexander Solomonov atau popular sebagai Stranger secara peribadinya telah berpengalaman selama 19 tahun didalam Dota 2. Stranger akan beraksi bersama Virtus Pro bagi DPC musim hadapan sebagai ketua jabatan.

Manakala Ahilles dan 4SV masing-masing akan memegang peranan sebagai ketua jurulatih dan pengurus pasukan Virtus Pro. Ahilles dan Stranger pernah bermain buat Team Empire sebelum bersama Gambit Esports dan One Move.

Selain itu, Stranger juga pernah memulakan divisi Rainbow Six Siege bersama Team Empire pada 2010 kemudia menyertai Gambit Esports sebagai pengurus besar didalam roster tersebut.

Ketiga-tiga mereka ini akan memikul tanggungjawab yang besar untuk membawa VP yang pernah memenangi beberapa kali Dota 2 Major Championship ini mengembalikan semula zaman kegemilangan mereka.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *