MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

MATUMBAMAN Bersara Daripada DOTA 2

ai hyprgame
Kongsi
MATUMBAMAN Bersara Daripada DOTA 2

Setelah Team Secret meratakan Team Liquid di Lower Bracket Finals pada TI11, Pasukan ini ibarat mengalami masa yang sukar buat perjalanan mereka di arena esukan kompetetif ini.

Berikutan kekecewaan ini, Matumbaman baru-baru ini telah mengumumkan yang dia akan bersara daripada arena esukan kompetetif Dota 2 ini dan mengundurkan diri daripada Team Liquid.

Kredit : @NoContextDota2

Lasse Aukusti Urpalainen atau lebih dikenali sebagai Matumbaman didalam arena esukan kompetetif Dota 2 ini memulakan kariernya sebagai pemain profesional sejak 2014. Dia telah menimba pengalaman dengan pelbagai pasukan termasuk Veni,Vidi, Vici, Anchors + Sea Captain, 5Jungz, Dan Chaos EC.

Malahan bintang Dota 2 ini juga pernah bermain bersama Team Liquid pada 2015-2019, Sebelum menjadi pemain berstatus tidak aktif pada Jun 2019. Kemudian Matumbaman menyertai Team Secret pada November 2019 sehingga November 2021 sebelum kembali semula ke divisi Team Liquid pada 2022 sempena The International 11 juga.

Recap perlawanan yang sengit antara Team Secret dan Team Liquid menyaksikan drafting klasik daripada Matumbaman yang berpengalaman menguasai permainan. Apabila Team Liquid mengambil Primal Beast sebagai Meta Hero terbaik di TI11 2022 sedikit pun tidak dipedulikan oleh Team Secret

Kredit : AFK Gaming

Kemudian Team Secret sempat mengambil peluang yang ada dengan memilih Sniper untuk meratakan Team Liquid. Team Liquid yang ternyata lemah dengan Sniper akhirnya tidak dapat menangani serangan Team Secret.

Team Liquid cuba bangkit dengan memilih Dwarven Marksmen untuk Matu dan berjaya menghalangi Team Secret untuk meratakan mereka di match ke-2 tersebut. Walaubagaimanapun, Corfe Heroes yang dimiliki oleh Team Secret seperti Drow Ranger, Invoker, Dan Beastmaster tidak dapat ditandingi oleh Wira agresif Lifestealer, Lina dan Brewmaster yang dimiliki oleh Team Liquid.

Akhirnya selepas minit ke 38 di match yang ke-3, Team Secret berjaya meratakan pengkalan Team Liquid sekaligus memenangi pusingan tersebut secara keseluruhannya.

Walaubagaimanapun, Hari ini Matumbaman bertekad untuk bersara daripada esukan Dota 2 ini selepas tamatnya The International 11 pada 30 Oktober 2022 semalam.

Matumbaman antara pemain yang menjadi kegemaran peminat dan komuniti esukan Dota 2 khususnya, Tetapi kerana penyingkiran Team Liquid jugalah yang menyebabkan Team Secret berpeluang ke Grand Final untuk bersaing dengan Tundra.

 “For every victory, there’s a losing team” – Sheever 

“Di dalam setiap kemenangan, pasti akan ada pasukan yang akan kalah”. – Sheever 

Jadi menang dan kalah didalam mana-mana pertandingan adalah adat bermain, Dan bukanlah menandakan pemain itu tidak bagus dan sebagainya. Cuma tuah tidak menyebelahi mereka, Mungkin Team Liquid akan berjaya di musim hadapan pula.


Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:
Artikel sebelumnya

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *