MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

King Of Comeback, Todak Penutup Minggu 2

ai hyprgame
Kongsi
King Of Comeback, Todak Penutup Minggu 2

Semal;am kita telah menyaksikan pertempuran antara pasukan-pasukan terhebat yang menjadi penutup kepada minggu 2 MPL MY musim ke-10.

Pasukan Todak sekali lagi membuktikan yang mereka merupakan Raja Lautan apabila berjaya menumpaskan Juara S8 Team SMG dengan skor 2-0.

Walaupun Todak sebelumnya sudah agaka ketinggalan gold yang banyak di match pertama, tetapi Todak tetap bertahan hingga memenangi pusingan terakhir semalam.

Jadi benarlah Todak dikatakan sebagai “King Of Comeback” kerana mampu bangkit di saat akhir perlawanan. Komuniti Mobile Legends Bang Bang sudah ketahui yang Todak sememangya mempunyai pengalaman yang banyak didalam arena kompetetif ini khususnya bagi pertandingan besar seperti ini.

Walaupun dikatakan yang “gameplay” Todak semalam agak perlahan, mereka sangat berdisiplin, tidak terlalu mengejar “kill” dan kekalkan fokus untuk memenangi pertandingan.

Untuk pengetahuan anggota pasukan Todak iaitu Rival telah menjadi “MVP of The Day” kerana mampu berperanan dengan baik sebagai Jungler. Rival bijak membuat Split push menggunakan Fanny sekaligus mengambil peluang tersebut sebagai ruang kepada pasukannya Todak terus comeback. Keadaan ini telah menjadi salah satu kunci kemenangan kepada Todak sebagai penutup minggu ke-2 semalam.

Selain Todak vs SMG, perlawanan antara Team Haq vs RSG MY, Homebois vs Lunatix juga turut berlangsung semalam. Team Haq berjaya menewaskan RSG MY dengan skor 2-0. Manakala Homebois menewaskan Team Lunatix sebagai pencabar baharu MPL MY S10 dengan skor 2-1.

Walaupun pada awalnya Team Lunatix telah mendapat skor 1, Homebois nampak gayanya tidak ingin menyamakan kedudukan mereka dengan Team Lunatix sehingga mereka bersemangat untuk mendapatkan satu lagi mata supaya dapat menewaskan Team Lunatix.

Bekas pemain Orange Esports yang beraksi di MSC Jun lalu, benar-benar membuktikan bakat, kebolehan dan kesungguhan mereka untuk menumpaskan RSG MY. Selain kombo Minn dan Mann yang menggunakan Kadita dan Faramis , Garyy juga bijak beradaptasi dengan hero Ling ketika pertempuran sehingga di nobatkan sebagai MVP di game pertama.

Itu dia sedikit Recap tentang perlawanan hari ketiga minggu 2 semalam, Jangan lupa untuk terus mengikuti media sosial rasmi Mobile Legends Bang Bang, dan MPL Malaysia supaya anda tidak terlepas maklumat terkini MPL Malaysia musim ke-10 ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *