MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

SMG vs Todak siapa mendominasi penutup minggu ini?

ai hyprgame
Kongsi
SMG vs Todak siapa mendominasi penutup minggu ini?

Nampaknya hari pertama minggu kedua MPL MY S10 yang berlangsung pada Jumaat lalu telah menyaksikan kemenangan Todak menumpaskan Team Haq THQ dengan skor 2-1. Nampaknya Todak benar-benar telah membuktikan yang mereka adalah Raja di kumpulan A dengan membawa CikuGais sebagai roamer menggantikan YumSkie yang berehat seketika.

Todak membuktikan bahawa mereka masih raja di kumpulan A Selepas mengalahkan Team HAQ dalam perlawanan yang amat seru dengan membawa CikuGais sebagai roamer menggantikan YumSkie yang terpaksa berehat ketika itu.

Anggota pasukan Todak iaitu 4Meyz telah dianugerahkan sebagai MVP of The Day untuk hari pertama minggu kedua itu. 4Meyz yang berperanan sebagai exp laner daripada pasukan Todak hebat menggunakan Esme, Phoveus dan membuat pasukan lawan tidak senang duduk dengan “split push” menggunakan hero Benedetta ketika itu.

Selain Todak vs THQ, perlawanan antara Orange Esports dan Red Esports juga berlangsung pada hari pertama minggu dua MPL MY S10 itu. Ternyata kehadiran Valenz sebagai Gold Laner Orange Esports telah mewarnai arena esukan kompetetif pasukan ini apabila dia sendiri memilih roster buat Orange Esports sempena MPL MY S10 ini.

Sebagai senior, Valenz diberikan kepercayaan untuk mencorakkan pasukan Orange Esports agar bermain dengan lebih baik dan konsisten didalam prestasi mereka. Pasukan Orange Esports telah menewaskan Red Esports dengan skor 2-1 pada hari pertama minggu 2 MPL MY S10

Pasukan Red Esports sekali lagi tumpas pada hari kedua minggu 2 MPL MY S10 dengan pasukan Lunatix sebanyak 2-1. Team Lunatix nampaknya menggunakan combo skill hero yang sangat pantas untuk menumpaskan pasukan Red Esports. Mereka bijak mengatur strategi dengan meletakkan Khaleed di Gol D dan Luq di 2 perlawanan berturut-turut bagi memberikan saingan kuat kepada Red Esports.

Walaupun kunci kemenangan kepada dua pasukan ini adalah sama pada minggu 1 setelah jungler dan gold lane mereka mendapat MVP dalam perlawanan yang pasukan mereka menang, pertarungan anatara Eyymal vs Zaed (Jungler) dan Mal vs Mint di Gold Lane akhirnya membawa kemenangan kepada pasukan Lunatix di hari kedua minggu 2 MPL MY S10.

Selain itu, anggota pasukan Lunatix iaitu Yamichi yang berperanan sebagai Roamer telah dianugerahkan sebagai MVP of The Day untuk hari kedua minggu 2 ini. Yamichi bijak beradaptasi dengan 3 hero iaitu Akai, Chou dan Khufra bagi mencari marksman dan mid laner daripada pasukan lawan dengan baik. Tugas Yamichi sebagai Roamer benar-benar digunakan sebaik mungkin pada perlawanan semalam apabila mampu memberikan bantu dan support system kepada Team Lunatix

Team SMG akhirnya bangkit di minggu kedua ini setelah menewaskan pasukan Suhaz dengan 2-0 semalam. SMG ternyata pantas dan cekap menembak tepat ke Suhaz Esports menerusi Box yang membawa Fanny sebagai Jungler pada perlawanan semalam.

Corak permainan yang ditunjukkan oleh SMG sangat agresif demi mencapai kemenangan yang berterusan sepanjang MPL MY S10 ini.

Selepas menewaskan Red Esports pada hari pertama minggu 2, Orange Esports sekali lagi menang semalam apabila menewaskan Team Caracal dengan 2-1.

Apakah kesudahan penutup pada hari ketiga minggu 2 ini? Hari ini kita akan menyaksikan pertempuran antara pasukan RSG MY vs Team Haq, Team SMG dan Todak, serta Homebois bertemu dengan Team Lunatix.

Apakah Juara MPL MY S8, SMG akan mampu menewaskan Juara MPL MY S9 Todak hari ini? Apakah sejarah bakal tercipta lagi? Teruskan memberi sokongan kepada pasukan kegemaran anda dengan mengikuti akaun rasmi MPL Malaysia agar tidak terlepas maklumat dan berita terkini mengenai MPL MY S10!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *