MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

6 Pasukan Zon Borneo Ke PMNC

ai hyprgame
Kongsi
6 Pasukan Zon Borneo Ke PMNC

Sabtu lalu telah berlangsung PUBG Mobile City Tournament di destinasi terakhir iaitu di Zon Borneo. Acara tersebut berlangsung di Suria Sabah telah menyaksikan seramai 16 pasukan PUBG Mobile bersaing untuk mendapatkan slot ke PMNC

Pasukan RHG Rogue, Team BOH, TG Star Elite,  Dejavu Aztira,  FTSLR G4, Akatsuki Clan Generation, Cloud9 Xiphos, President Project, NSP Error GN,  Sterk GD, HK Faora, Aztira Esport,  JUC Delta ACMY, G8 Celeb, GB06 Enforce Royal, dan Margax adalah merupakan pasukan yang menyertai perlawanan Zon Borneo tersebut.

Pada hari pertama PMCT Zon Borneo juga telah menyaksikan perlawanan kategori Ladies dimana pasukan HomeGirls yang mengganas mencatat 22 singkiran. Lebih menakjubkan apabila 8 singkiran sahaja adalah datang daripada ICAA seorang

Seperti biasa pasukan Top 1 Ladies iaitu AI Huntress yang berada di Map Sanhok ketika itu juga sedang bersaing dengan Scarlett Roses.

Bagi hari pertama PMCT Zon Borneo dpat kita menyaksikan pemain Zon Borneo yang memang lain daripada yang lain. Ini kita dapat perhatikan daripada aksi pemain IVICT Star Elite yang berjaya mendapatkan WWCD pertama pada match tersebut. Selain itu, HK Faora turut mengumpulkan 13 Elims pada match ke-2 hari pertama PMCT Zon Borneo berlangsung.

Untuk pengetahuan, pasukan IVICT Star Elite berjaya makan ayam sebanyak 2 kali “DOUBLE WWCD” di saat akhir perlawanan. Manakala pemain Cloud9 menunjukkan kebolehan clutch 1v2, masih berusaha walaupun hanya tinggal nyawa-nyawa ikan. Akhirnya mereka tumpas juga apabila pemain NSP melemparkan bom tangan sekaligus menumpaskan 3 pemain Cloud9.

Menerusi Overall Ranking PUBG Mobile Esports Malaysia, Top 1 didalam carta telah didominasikan oleh NSP Error GN dengan catatan 76 markah dan satu WWCD. IVCT Star pula berada dikedudukan Top 2 yang berani memberi saingan hebat dengan Double WWCD, 67 Total Points.

Semalam merupakan hari kedua dan terakhir PMCT Zon Borneo, sekali lagi komuniti PUBG Mobile khususnya di sabah menyaksikan keganasan 4Rivals X Maven di saat akhir perlawanan menyapu rata 2 pasukan lain. Manakala HK Invictus daripada kategori Ladies menutup match tersebut dengan WWCD dan 16 singkiran.

Sejak hari pertama lagi mereka berada di TOP 1, sehingga semalam pasukan NSP Error GN terus konsisten sehingga mengutip WWCD di match ke-2 dan 14 Elims.

Kredit : PUBG Mobile Esports Malaysia

Usaha dan kegigihan pasukan Ladies, Al Huntress sepanjang 4 minggu bertempur di PMCT ini akhirnya tidak sia-saia apabila mereka dinobatkan sebagai Juara PMCT Ladies dengan kutipan 247 mata sepanjang 20 map tersebut. Malahan mereka juga sempat merasakan 4 kali WWCD seklaigus konsisten dengan sportsmanship yang hebat. Tahniah juga kepada pasukan Scarlett Roses dan 4RIVALS XRAVEN yang saling kejar mengejar untuk ke Top 1, kedua-dua pasukan Ladies ini berada di kedudukan Top 2 dan Top3 didalam Overall Ranking PMCT.

Pendaftaran PMCT dibuka bermula Julai 2022! - HYPRGAME Malaysia
Kredit : Hyprgame

Setelah habis pertempuran hari kedua semalam, akhirnya 6 pasukan daripada 16 pasukan yang bersaing secara sengit di Zon Borneo ini telah berjaya mara ke PMNC.

Kredit : PUBG Mobile Esports Malaysia

Team Boh, NSP Error GN, IVICT Star Elite, Margax, HK Faora dan Dejavu Astira merupakan 6 pasukan yang layak ke PMNC. Dengan berakhirnya PMCT Zon Borneo, maka berakhirlah perlawanan PMCT 2022. Kini PUBG Mobile telah berjaya mengumpulkan 20 pasukan lengkap daripada PMCT Zon masing-masing ke PMNC.

Kredit : PUBG Mobile Esports Malaysia

Siapakah diantara pasukan ini yang akan mara ke peringkat yang seterusnya? nantikan pengumuman selanjutnya daripada PUBG Mobile Esports Malaysia di media sosial rasmi mereka.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *