MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Luxxy Kongsi Tips Bina Karier E-sukan

ai hyprgame
Kongsi
Luxxy Kongsi Tips Bina Karier E-sukan
Kredit : pmplsea.com

Industri e-sukan atau dikenali sebagai sukan elektonik maya semakin berkembang ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Dahulu esukan dianggap hanya sekadar permainan untuk mengisi masa lapang lewat peranti mudah alih android, ios, pc dan lain-lain lagi. Tetapi kini esukan sudah menjadi salah satu karier kepada komuniti sekarang. 

Bercakap mengenai karier didalam bidang e-sukan ini, siapa yang tidak mengenali Luxxy iaitu pemain kepada pasukan PUBG Mobile Indonesia Bigetron RA. Luxxy atau nama sebenarnya Made Bagus Prabaswara, berperanan sebagai snipper support kepada pasukan yang diunggulinya iaitu Bigetron RA. 

Bercakap mengenai karier didalam bidang e-sukan ini, siapa yang tidak mengenali Luxxy iaitu pemain kepada pasukan PUBG Mobile Indonesia Bigetron RA. Luxxy atau nama sebenarnya Made Bagus Prabaswara, berperanan sebagai snipper support kepada pasukan yang diunggulinya iaitu Bigetron RA. 

Kredit : Youtube Cluetenz

Antara pencapaian terbaiknya bersama Bigetron RA adalah ketika PINC 2018, PMCO 2019, PMPL ID S1, PMWL East 2020, PMPL S2, Ultimate Warrior Showdown 2021, dan lain-lain lagi kejohanan. 

Kali ini Luxxy berkongsi beberapa tips jika anda berminat untuk menjadikan e-sukan sebagai karier. 

BTR Luxxy Jadi Incaran Tim PUBG Mobile Asal Amerika – Malay News Indonesia-  Indonesian Newspaper
Kredit : Malay News

Menurut wawancara Luxxy bersama salah satu media Indonesia, Luxxy menyifatkan jika ingin menceburi bidang e-sukan ini individu itu perlulah mempunyai skills (kebolehan) dan prestasi yang baik. 

“Jika ingin memasuki dunia e-sukan ini anda perlu menunjukkan skills, prestasi dan pengalaman” – ujar Luxxy bersama Revival ID. 

Kita boleh mengambil contoh video streamer yang lain, serta rajinkan diri untuk membuat kandungan (content) yang berkaitan dengan scene e-sukan yang kita minati. Disini kita sedar yang platform sosial media memainkan perana penting didalam e-sukan ini. Ianya akan menjadi portfolio buat kita jika ingin menyertai mana-mana pasukan kegemaran. 

Seperti seorang penyanyi yang dahulunya hanya sekadar melakukan cover lagu dan memuatnaik karya mereka melalui Youtube, Facebook dan lain-lain media sosial, sama juga seperti bidang e-sukan ini. Anda boleh merakam video ketika anda sedang bermain game bersama kumpulan dan memuatnaiknya di media sosial.

Selain itu cuba ikuti page atau kumpulan e-sukan yang aktif di media sosial, daripada situ anda akan mempunyai “engagement” dengan komuniti e-sukan yang lain dan menjadi batu loncatan untuk memulakan karier dibidang ini. 

Tunjukkan bakat dan skill anda melalui gameplay yang telah dimuatnaik di akaun sosial peribadi anda, daripada gameplay tersebut akan menarik minat pasukan-pasukan profesional hebat untuk mengambil anda sebagai kumpulan mereka. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *