MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Akan Datang Patch 3.3 Wild Rift ?

ai hyprgame
Kongsi
Akan Datang Patch 3.3 Wild Rift ?

Kali ini dikhabarkan yang patch baharu iaitu patch 3.3 Wild Rift akan dilancarkan tidak lama lagi. 

Riot Games sekali lagi akan mempersembahkan Patch 3.3 Wild Rift yang akan dilengkapi dengan champion, skin, dan lain-lain ciri yang baharu dan lebih up to date. 

Kredit : Twitter Wild Rift

Ramai peminat Wild Rift yang begitu teruja dengan kedatangan patch baharu ini kerana ianya telah diubahsuai mengikut kesesuaian permainan peranti mudah alih Leagues of Legends. 

Ternyata patch kali ini akan memberi kelainan kepada pemain yang mengakses kepada permainan ini seperti teknik “buff” dan “splash art”. 

Kredit : Youtube League of Legends: Wild Rift

Selain penambahan “champions” didalam patch 3.3 ini, Wild Rift juga akan memperkenalkan “Elemental Rift” sebagai mode permainan. Mode permainan ini akan bermula di “Legendary Ranked.” dimana akan anda nikmati melalui Patch 3.3 Shining Bright Wild Rift !

Penerbit Eksekutif, Alan Moore telah melancarkan previu edisi baharu ini di Youtube rasmi Wild Rift bagi memperkenalkan kandungan baharu permainan ini kepada peminat-peminat permainan maya ini. 

Kredit : Youtube Nostagian Gamer

Kemaskini Wild Rift ini mengalami banyak perubahan bermula daripada “Champions” hingga ke “ranked modes” yang akan ke acara Shining Summer. 

Antara karakter daripada League of Legends yang akan ditambah pada Wild Rift adalah seperti Vod Walker Kassadin, Desert Rose Samira, dan juga Sion the Undead Juggernaut

Selain itu kandungan lain seperti Elemental Rift, Legendary Ranked dan lain-lain lagi  juga akan ditambah didalam Wild Rift Patch 3.3 ini. Ayuh muatnaik permainan ini sekarang dan nikmati pengalaman permainan yang mengasyikkan. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di Twitter, Facebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaiĂ 

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *