MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Toyota Gazoo Racing Esports Championship 2022 Kembali Lagi!

ai hyprgame
Kongsi
Toyota Gazoo Racing Esports Championship 2022 Kembali Lagi!

Selain Mobile Legends dan PUBG Mobile, siapa kat sini suka game yang berkonsepkan perlumbaan kereta (Car Racing)? Selalu kita tengok car racing ala F1 ni secara real-life je kan. Sekarang ni lebih padu sebab dah ada scene e-sukan yang melibatkan permainan sebegini. Tak lain tak bukan Toyota Gazoo Racing Esports Championship 2022 ini. Lagi sekali mereka kembali menganjurkan perlumbaan ini. Kalau nak tahu, ini merupakan musim ke-5 acara ini diadakan. Jadi kepada yang berminat nak ceburi bidang e-sukan Car Racing macam ni, inilah peluang anda menyerlahkan bakat anda. 

May be an image of car and text that says 'VELOGITY ESPSIP CHAMPIONSHIP GR CONQUERING LIMITS G ÛOYT acing GTCUP COMPETEIN QUALIFIER RM 70,000 PRIZE POOL REGISTER NOW FROM 28 JUNE JULY 2022 VELOCITY.TOYOTA.COM.MY HY AISIO ZENT G GAZOO TOYOTA Racing CAR TOYOTA'
Kredit : Facebook TOYOTA GAZOO Racing Malaysia

Salah satu e-sukan terbesar yang berkonsepkan sim racing kini kembali buat kali yang ke-5. Tournament ini dibuka untuk semua rakyat Malaysia di serata negeri. Kejohanan ini memerlukan pelumba untuk melengkapkan peringkat kelayakkan percubaan ( time-trial qualification )  dimana akan hanya ada 40 pemandu dengan kelajuan yang paling pantas akan mara ke peringkat quaterfinals. 

Kredit : Youtube Azmir Ismail

Kemudian 20 pemandu akan mara ke peringkat semi-final dimana mereka akan merebut menjadi 10 yang terbaik ke peringkat final. 

KredIt : Youtube Trackmania Grand League

Prize pool sebanyak RM 70, 000 akan menjadi rebutan dan sekaligus Juara akan mewakili Malaysia bagi GT Supra Cup Asia Pacific Regional Qualifier dan berlumba dengan pelumba Asia terbaik sebelum mara pula ke peringkat Global Finals. 

Adakah anda akan menjadi sebahagian daripada peserta yang memakai mahkota kemenangan Toyota Gazoo Racing Esports Championship 2022? 

Kredit : velocity.toyota.com.my

Untuk pengetahuan, Toyota Gazoo Racing Esports Championship 2022 ini juga untuk mengangkat tema kereta jenama terkemuka ini juga seperti Toyota 86 Gr.B Rally Car, Toyota GR Yaris RZ “High Performance” ’20, Toyota Supra GT500 ’97, Toyota S-FR Racing Concept ’16, TOYOTA GR010 HYBRID ’21 dan Toyota GR86 RZ ’21. 

Kredit : velocity.toyota.com.my

Dengan specs koleksi kereta lumba ini akan memberikan pengalaman yang mengagumkan kepada pemanduan. 

Tambahan lagi, Toyota telah lebih 60 tahun berkecimpung didalam sukan permotoran dan menjadi jenama kereta lumba hebat di mata dunia. Melalui trademark mereka “Roads Build People and Cars.” menjadikan esukan permotoran ini telah menjadi sebahagian kehidupan masyarakat dan teknologi kereta. 

Kredit : Youtube TOYOTA GAZOO Racing Malaysia

Pendaftaran telah dibuka sejak 28 Jun 2022 sehingga 14 Julai 2022 melalui laman sesawang https://velocity.toyota.com.my/ . Kejohanan ini boleh diakses menggunakan Playstation 4 dan 5, serta Gran Turismo 7. 

Maklumat lanjut boleh dirujuk melalui laman sosial rasmi Facebook TOYOTA GAZOO Racing Malaysia.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *