MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: , ,

Divisi Baru Nigma Galaxy Telah Dibina!

ai hyprgame
Kongsi
Divisi Baru Nigma Galaxy Telah Dibina!

Salah satu organisasi esukan terbesar dunia iaitu Nigma Galaxy akhirnya melebarkan sayap mereka dengan membentuk divisi baru esukan bagi kategori Mobile Legends Bang Bang MLBB. Pengumuman tersebut telah dinyatakan melalui satu hantaran di Instagram rasmi milik Nigma Galaxy (@teamnigma).

Kredit : Instagram Nigma Galaxy

Pasukan yang sebenarnya berasal daripada Eropah ini akan membina pasukan esukan edisi wanita bagi arena kompetetif Mobile Legends Bang Bang MLBB Indonesia pula.

Untuk pengetahuan, Nigma Galaxy sebenarnya sudah mempunyai organisasi yang cukup kuat dalam esukan bagi kategori DOTA 2 dan juga PUBG Mobile di UAE.

May be an image of 5 people, people standing and text
Kredit : Facebook

Team Nigma adalah pasukan yang ditubuhkan oleh bekas barisan pemain Team Liquid selepas sahaja mereka mendapat tempat kedua di The International 2018.

Kredit : Line Corporation

Pastinya dengan kehadiran line up hebat yang berpengalaman dalam pasukan Nigma Galaxy Indonesia yang terdiri daripada Pixie (bekas pemain GPX), Navillera (Bekas pemain Evos Lynx), Alin dan Crunchy (Bekas Pasukan Onic Zenith), serta Anna ( bekas pemain MBR Delphyne) akan memberikan saingan yang sengit dalam arena kompetetif Mobile Legends Bang Bang MLBB devisi wanita ini.

Logo Nigma Galaxy
Kredit : Skor ID

Dikhabarkan juga yang Nigma Galaxy akan mengikuti acara Woman Star League WSL Musim Ke- 5, dimana mereka kini mereka sedang berjuang di peringkat kelayakan bagi acara tersebut. Semoga kejayaan milik mereka.

Kredit : Youtube Nigma Galaxy

Semoga dengan adanya divisi wanita ini akan memeriahkan lagi arena esukan MLBB khususnya.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *