MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Predator League Kembali Lagi Pada 2022

ai hyprgame
Kongsi
Predator League Kembali Lagi Pada 2022

Asia Pacific Predator League 2022 kembali lagi, Prize Pool sebanyak USD400,000 ditawarkan didalam acara ini. Seramai 15 pasukan daripada pelbagai negara akan bertanding untuk menang di pusingan akhir  yang diadakan di Jepun pada 11 sehingga 13 November 2022. Seperti acara sebelum ini Asia Pacific Predator League akan mempertandingkan DOTA 2 dan PUBG Mobile bagi kejohanan ini.  Tournament Predator League 2022 bagi Region Malaysia dengan sokongan PLANET9, anda boleh mendaftarkan pasukan di laman sesawang tersebut.

Asia Pacific Predator League 2022 JAPAN Reveal - YouTube
Kredit : Youtube Acer PH

Setelah dua tahun dilanda pandemik Covid-19, Predator League 2022 tidak sabar untuk menemui pasukan-pasukan terbaik e-sukan sekali lagi. 

Kredit : Youtube Acer Japan

Presiden Acer Pan Pacific, Andrew Hou turut mengatakan yang acara ini penting bagi memainkan peranan Acer sebagai syarikat peranti teknologi untuk menghubungkan komuniti dengan permainan maya. 

Bagi Region Malaysia, Acer Malaysia telah menjemput semua pasukan Top untuk menyertai pertempuran DOTA 2 dan PUBG Mobile.

Pusingan kelayakkan tersebut akan menawarkan Prize Pool terkumpul sebanyak RM100,000, sekaligus berpeluang membawa pulang produk Acer. Juara untuk Dota 2 dan PUBG: Battlegrounds akan membawa pulang produk Predator dan hadiah wang tunai masing-masing sebanyak RM10,000 dan RM12,000.

Pendaftaran bagi kelayakkan Asia Pacific Predator League 2022 telah pun bermula daripada 1 Julai 2022 sehingga 31 Ogos 2022. 

Pasukan yang telah mendaftarkan diri akan menunjukkan aksi mereka pada September 2022 ini. Bermula pada 3 sehingga 4 September bagi pusingan berkumpulan atau kelayakkan. 

Kemudian pasukan yang layak akan mara ke peringkat akhir pada 17-18 September 2022 ini. 

Jadi kepada pasukan yang berminat inilah masa anda untuk menunjukkan kebolehan didalam e-sukan ini.

Sebarang maklumat lanjut mengenai pertandingan, anda boleh melayari laman sesawang www.planet9.gg dan melihat dengan lebih terperinci mengenai syarat-syarat penyertaan dan sebagainya. 

Jangan lepaskan peluang untuk berentap bersama pasukan-pasukan hebat yang lain. Ganjaran wang hadiah yang lumayan serta produk-produk Acer yang sememangnya berharga buat kaki game seperti anda akan menjadi rebutan semua pasukan. 

Tidak sabar rasanya melihat pasukan Malaysia beraksi. Semoga acara seperti ini akan memajukan lagi e-sukan di negara ini khususnya. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *