MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Jumper Undur Diri Daripada Axis RedOne

ai hyprgame
Kongsi
Jumper Undur Diri Daripada Axis RedOne

Muhammad Izzrudin Hashim atau lebih dikenali sebagai Jumper didalam arena PUBG Mobile kini disahkan tidak lagi bersama pasukan Axis RedOne. Kenyataan ini telah dikeluarkan secara rasmi menerusi Instagram rasmi milik Axisesportsmy. Jadi apakah haluan Jumper selepas ini?

Image

Selepas beberapa lama menyertai skuad Axis redONE sehingga berjaya membawa nama pasukan ini ke temasya Sukan Sea, Jumper telah berada di barisan pertama pasukan Tabah NSEA semasa Sukan SEA yang lepas.

Menerusi penyertaannya di Sukan Sea 2021, dia berjaya membawa pulang Pingat Gangsa kepada Malaysia bagi kategori PUBG Mobile berkumpulan.

Kredit : Instagram Jumper

Untuk pengetahuan, Jumper telah melangkah kakinya didalam arena PUBG Mobile semasa menyertai skuad VIP (Victorious in Play), dia kemudiannya berpeluang menyertai Yoodo Gank dan Team Secret pula.

Kredit : Youtube PUBG Mobile Malaysia

Akhirnya Jumper menyertai pasukan Axis RedOne sejak 20 Febuari yang lalu, dan membuatkan keputusan untuk meninggalkan Axis RedOne pada 15 Jun 2022.

Jumper Rasmi ke Axis redONE
Kredit : Gamers On Duty

Salah satu pencapaian terbaik Jumper sebagai pemain professional adalah apabila memenangi Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) SEA 2021 tahun lalu dengan membawa nama pasukan Team Secret.

Semoga yang terbaik buat Jumper untuk haluannya yang akan datang.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *