MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Never Stop Me ft Tkay Maidza Di Lancarkan

ai hyprgame
Kongsi
Never Stop Me ft Tkay Maidza Di Lancarkan

Akhirnya, muzik video pertama bagi acara Wild Rift Icons Global Championship telah pun dikeluarkan. Lagu yang bertajuk “Never Stop Me'” yang berkolaborasi dengan Tkay Maidza akan menjadi lagu semangat dan memeriahkan Wild Rift Icons Global Championship yang kini sedang berlangsung. Jom saksikan muzik video ini dan kongsikan Masterpiece ini dengan yang lain!

Kredit : Youtube League of Legends Wild Rift

Ianya merupakan satu karya yang berkualiti di tulis oleh Bloodpop and Tkay Maidza, dan dinyanyikan oleh Tkay Maidza sendiri selaku vokal bagi lagu anthem ini.

TKAY - Album by Tkay Maidza | Spotify
Kredit : Spotify

Muzik video sememangnya adalah antara yang ditunggu bagi semua peminat Wild Rift sejak permaianan ini dilancarkan pada tahun 2020. Menariknya muzik video ini juga akan diserikan dengan karakter Wild Rift seperti Vi, Lucian, dan Yasuo.

Lucian vs Yasuo - RANKED - Wild Rift League do Legends - YouTube
Kredit : Youtube Kami WR

Untuk pengetahuan, bagi permainan Wild Rift ini sendiri sememangnya mempunyai penata muzik daripada Riot muzik juga. Ini bermakna mereka mempunyai pasukan sendiri yang dikhususkan untuk menghasilkan karya-karya muzik bagi Wild Rift.

Kredit : Esports GG Beta

Ini menunjukkan yang pasukan kreatif Wild Rift sendiri mempunyai bakat dan kebolehan untuk mereka mahupun mencipta lagu. Lihatlah kesan-kesan khas dimana mereka juga membawa watak-watak didalam Wild Rift sebagai salah satu tema utama muzkik video ini.

Kredit : Twitter Wild Rift Riot Games Music

Visual yang memukau, dengan penggunaan warna dan animasi yang cukup sempurna. Ini merupakan sinematik Wild Rift yang terbaik setakat ini!

Selain paduan suara yang merdu, gambar trofi Wild Rift Global Icons Championship juga terlihat cantik dengan reka bentuknya yang hebat.

Setiap tahun Wild Rift mengadakan kejohanannya, dimana acara ini mendapat sambutan daripada pengikutnya di seluruh dunia. Semoga tahun ini akan menjadi satu permulaan kepada banyak lagi Kejuaraan Dunia Wild Rift.

Acara Wild Rift Icons Global Championship telah pun bermula sejak semalam 14 Jun 2022, 10 pagi. Dimana pada hari pertama akan bermulanya pusingan Play-Ins.

Wild Rift Icons Global Championship 2022 anthem playins
Kredit : Gaming On Phone

Nampaknya hari pertama perlawanan akan memberikan keterujaan kepada penonton nanti. Jadi apa pendapat anda dengan lagu dan muzik video Wild Rift Icons Global Championship 2022? Semoga berjaya kepada pasukan yang menyertai acara ini !

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *