MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

MSC 2022 Benarkah Falcon Pasukan Underdog?

ai hyprgame
Kongsi
MSC 2022 Benarkah Falcon Pasukan Underdog?

Sejak hari pertama Piala Asia Tenggara Mobile Legends Bang Bang (MSC) 2022 pasukan Falcon Esports daripada Myammar ini telah menunjukkan prestasi yang konsisten sepanjang MSC berlangsung.

May be an image of 2 people, people standing and text
Kredit : Facebook MPL Malaysia

Mereka bermula di MSC 2022 dengan menyamakan skor 1-1 menentang pasukan top Malaysia, Todak. Kemudian mengharungi pusingan seterusnya melawan pasukan Onic Esports dengan skor 2-0.

May be an image of 3 people and text
Kredit : Facebook MPL Malaysia

Ini sangat mengejutkan ramai orang kerana ramai yang tahu yang pasukan Onic Esports daripada Indonesia ini antara pasukan yang kuat sepanjang berada di MPL Indonesia. Mereka juga pernah menjadi Juara MPL Musim Ke-8 dan pernah berlawan dengan RRQ Hoshi pada peringkat Final MPL ID Musim Ke-9. Jadi kita sudah tahu yang gameplay mereka bukan biasa-biasa.

May be an image of 2 people and text
Kredit : Facebook MPL Malaysia

Kemudian selepas menumpaskan Onic Esports pada MSC 2022 ini, Falcon sekali lagi berhadapan dengan cabaran baru dimana mereka harus menentang pasukan kuat daripada Filipina iaitu RSG di peringkat Playoffs pula.

Kredit : Youtube Spin Esports

Walaupun Falcon kini terpaksa turun ke Lower Bracket kerana kekalahan pada match sebelum ini di MSC 2022, mereka percaya yang peratus kejayaan untuk melepasi pasukan RSG PH tetap ada kerana telah pun menewaskan RSG SG dengan skor 2-0.

Mampukah Falcon menggunakan peluang kedua ini dengan sebaiknya ? kita lihat nanti!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya