MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

MSC 2022 Peluang TODAK Tebus Kekalahan Sukan SEA

ai hyprgame
Kongsi
MSC 2022 Peluang TODAK Tebus Kekalahan Sukan SEA

Setelah gagal membawa sebarang Pingat buat Malaysia di Kejohanan Sukan Sea Hanoi Vietnam Ke- 31 baru-baru ini, TODAK ingin mengambil peluang di MSC 2022 untuk menebus kekalahan mereka sekaligus merampas trofi Juara MSC 2022.

Juara MPL Malaysia Musim Ke- 9, 2022 ini begitu teruja untuk Kejohanan Piala Asia Tenggara MSC 2022 Mobile Legends Bang Bang yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Kredit : Youtube Farr Channel

Kata mereka, kalah di Sukan SEA Ke- 31 yang lalu membuatkan mereka untuk melakukan yang terbaik bagi MSC 2022 nanti.

Untuk pengetahuan, ini adalah pertama kali Malaysia menjadi tuan rumah kepada acara MSC 2022 yang bertempat di Pusat Perdagangan Antarabangsa (MITEC).

Ini pastinya akan menjadi kelebihan kepada dua pasukan yang mewakili Malaysia iaitu Orange Esports dan TODAK untuk mendominasi Kejohanan MSC Edisi Ke- 5 2022 ini.

Pakar pengguna hero mage yang dikenali sebagai Zikri Samsudin (MOON) berhasrat untuk memperbaiki kesilapan TODAK ketika di Sukan SEA bulan lalu.

” Salah satu kesilapan kami adalah mengambil pemain dari pasukan lain bagi menyertai TODAK mewakili Malaysia di Sukan SEA, ini bertujuan mencuba keserasian baru, kami juga menggunakan META baru yang lain daripada META yang kami guna sebelum ini, walaubagaimanapun cubaan itu gagal, dan untuk MSC 2022 kali ini kami akan tetap dengan strategi dan perancangan asal kami seperti yang sering kami mainkan seperti biasa (sediakala). Semoga ini akan menjadi perubahan buat kami di MSC 2022. ” – MOON

Kredit : Youtube Jess No Limit

Untuk pengetahuan, antara pencapaian terbaik TODAK adalah ketika pernah mendapat tempat Ke-3 pada Kejohanan Dunia Mobile Legends M1 pada tahun 2019 di Bukit Jalil.

Orange Esports, Todak sandaran negara di MSC 2022
Kredit : Harian Metro

Selain TODAK, satu lagi pasukan yang tidak kurang hebatnya iaitu Orange Esports juga akan mewakili Malaysia merebut Trofi MSC 2022 dengan pasukan negara lain.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (enam, kiri) bersama peserta Mobile Legends sempena pelancaran 'Mobile Legends Southeast Asia Cup (MSC) 2022' di Spacerubix, Puchong, hari ini. - Foto BERNAMA.
Kredit : Berita Harian

Semoga TODAK bakal merebut gelaran Juara MSC 2022 yang akan dianjurkan pada 11 hingga 19 Jun ini di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *