MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Elica Paujin “SupremaSEA” Lagu Tema MSC 2022 Dilancarkan

ai hyprgame
Kongsi
Elica Paujin "SupremaSEA" Lagu Tema MSC 2022 Dilancarkan

Terlihat satu muat naik video di Youtube berkenaan lagu tema Piala Asia Tenggara Mobile Legends Bang Bang MSC 2022. Lagu yang bertajuk “SupremaSEA” ini mengangkat sokongan kepada pemain di arena kompetetif MLBB khususnya bagi acara MSC 2022 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Kredit : Youtube Mobile Legends Bang Bang Official

Lagu tema MSC yang bertajuk SupremaSEA sudah pun dilancarkan di platform media sosial rasmi Mobile Legends Bang Bang ini juga dinyanyikan oleh Elica Paujin yang nerupakan Juara Big Stage 2022.

Tuah 'pinjaman' Elica Paujin - Kosmo Digital
Kredit : Kosmo

Selain Elica Paujin yang menjadi suara bagi lagu tema MSC SupremaSEA ini, lagu ini juga di tulis oleh Zyan Chen, Kitz Wong, dan E-Jay Liew yang juga merangkap sebagai produksi muzik bagi penciptaan lagu ini. Ternyata ramai juga yang terlibat didalam pembikinan muzik video lagu tema MSC 2022 ini. Anda boleh merujuk video yang telah disiarkan di Youtube MLBB untuk mengetahui tentang mereka yang terlibat secara sebalik tabir (behind the scene).

Kredit : Instagram Elica Paujin

“Saya rasa berbangga kerana menjadi sebahagian daripada mereka. Terima kasih tidak terhingga kepada Mobile Legends Bang Bang Malaysia kerana memberi peluang ini kepada saya. Jangan lupa untuk dengar lagu tema MSC 2022 ini ya, semoga dapat beri semangat kepada kalian beraksi di Mobile Legends Bang Bang MLBB.” – Elica Paujin

Elica Paujin "SupremaSEA" Lagu Tema MSC 2022 Dilancarkan
Kredit : Facebook MLBB

“Oh we are legendary, Oh we are SupremaSEA!”

Itulah kata-kata terindah didalam lirik lagu tema MSC 2022 ini. Jom kita dengar lagu SupremaSEA ini dan nyanyikan dengan kuat sebagai semangat buat pemain-pemain pasukan kegemaran kita buat MSC 2022 ini!

Kredit : My Game On

Beberapa saat ketika mendengar lagu ini sudah kedengaran mengagumkan dan dramatik. Ini pasti akan menjadi sesuatu yang menarik bagi MSC 2022 kali ini. Nampaknya arena esukan MLBB ini adalah sesuatu yang boleh pergi lebih jauh dan ada dalam kelasnya yang tersendiri!

MLBB SEA Cup (MSC) 2022: Format, Teams, Schedule, Streams | PinoyTechSaga
Kredit : PinoyTechSaga

Seramai 12 pasukan akan bersaing dalam merebut gelaran Raja Asia Tenggara di Kejohanan Piala Asia Tenggara Mobile Legends Bang Bang MLBB. Adakah pasukan negara TODAK dan Orange Esports yang mewakili Malaysia mampu menghadapi lawan mereka yang lain? Jangan lupa saksikan peringkat kumpulan MSC 2022 yang akan bermula pada 11 Jun ini di Pusat Dagangan Antarabangsa MITEC.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *