MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

MSC 2022 di Malaysia, TODAK Mahu Trofi Juara!

ai hyprgame
Kongsi
MSC 2022 di Malaysia, TODAK Mahu Trofi Juara!

MSC 2022 akan berlangsung tidak lama lagi, dan ini adalah pertama kali Malaysia menjadi Tuan Rumah bagi kejohanan ini. Pasukan TODAK katanya tidak mahu melepaskan Trofi Juara MSC keluar dari Malaysia.

May be an image of 3 people, people standing and indoor
Kredit : EGG Network

Semalam pasukan TODAK telah meghadirkan diri bagi sesi temubual bersama siaran Radio Hitz dan Era. Bagi yang terlepas sesi temubual TODAK semalam bersama Ili daripada HITZ dan Zahier daripada ERA (Malaysia), kalian masih boleh mendengarnya melalui laman web syok.my.

Kredit : Hyprgame

Sempena MSC 2022 yang bakal berlangsung nanti, pasukan TODAK telah ditemubual tentang pendapat mereka bagi MSC 2022 ini. Kata TODAK, oleh kerana tahun ini Malaysia menjadi Tuan Rumah bagi kejohanan ini menjadikan mereka lebih bersemangat untuk buat yang terbaik demi Malaysia dan peminat mereka khususnya.

May be an image of 3 people, people standing and indoor
Kredit : EGG Network

” MSC kali ini di Malaysia, Ini memang bagi kami semangat untuk dapat gelaran Champion.” – TODAK

This image has an empty alt attribute; its file name is 285708408_457281493064015_3108875920303381542_n-1024x1024.jpg
Kredit : EGG Network

TODAK tekad dengan misi mereka untuk memastikan piala MSC nanti tidak diterbangkan keluar dari Malaysia. Pastinya sebagai tuan rumah, sokongan para peminat di arena kompetetif Mobile Legends Bang Bang MLBB ini pasti lebih kuat menjadi dorongan setiap pemain untuk melakukan yang terbaik.

Kredit : Youtube MLBB Esports

Di Sukan Sea Hanoi Vietnam Ke-31, pasukan sudah hampir menang dan berada si sebelah Singapura (TOP 4) sahaja. Point mereka juga tidak jauh dan memang sengit. Cuma mungkin rezeki tidak berpihak pada skuad Malaysia. Tetapi prestasi mereka cukup memuaskan dan hebat beraksi ketika permainan. Sehinggakan pasukan daripada Filipina juga mengatakan yang mereka tetap harus berhati-hati dengan pasukan Malaysia pada MSC 2022 kerana mempunyai strategi yang agak sukar dibaca.

Kredit: Youtube Mobile Legends Army

Apakah kepimpinan CIKKUGAIS dan 4Meyz mampu menyaingi pasukan lawan sehingga menjadi juara MSC 2022? Mampukah gaya agresif mereka dalam drafting dan juga gameplay bertahan bagi merebut trofi MSC 2022?

Kita tunggu dan lihat #todaklanggar MSC 2022 nanti!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *