MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Kairi Tinggalkan Onic PH, Sertai Indonesia?

ai hyprgame
Kongsi
Kairi Tinggalkan Onic PH, Sertai Indonesia?

Pemain arena kompetetif Mobile Legends Bang Bang MLBB, Kairi daripada pasukan Onic PH dikhabarkan akan meninggalkan pasukannya itu untuk menyertai pasukan Indonesia.

kairi
Kredit : Upstation Media

Kairi Ygnacio Rayosdelsol atau lebih dikenali sebagai Kairi merupakan salah seorang yang berperanan sebagai Jungler terbaik di dalam arena kompetetif Mobile Legends Bang Bang MLBB.

Kredit ; My Game On

Dia pernah membawa nama pasukannya sehingga menjadi Naib Juara Kejohanan Dunia M3 dan juga MPLI. Dikatakan yang Kairi mempunyai kebolehan untuk beradaptasi dengan hero kuat seperti Lancelot dan Ling telah menjadi sebab dia menjadi bintang oleh peminat MLBB sehingga sekarang.

Kredit : Youtube Donkey Bar Bar

Namun begitu, benarkah khabar angin ini? adakah Kairi ingin mencari pengalaman baru sehingga ingin berhijrah ke Indonesia pula. Sehingga kini media belum lagi mendapatkan kenyataan rasmi daripada pihak Onic PH mahupun Kairi sendiri.

Mobile Legends: Bang Bang MPL PH S7 team Blacklist International's V33Wise duo of Wise and OhMyV33nus
Kredit : One Esports

Duo hebat Filipina daripada pasukan Blacklist International juga memberikan pendapat berkenaan khabar angin ini dengan menyatakan yang Kairi mungkin akan mengalami masalah didalam komunikasi kerana itu merupakan cabaran buatnya. Hal itu mungkin akan menjadi kesukaran buatnya.

Kairi Tinggalkan Onic PH, Sertai Indonesia?
Kredit : GGWP ID

Walaubagaimanapun, bahasa boleh dipelajari sedikit demi sedikit, kita boleh lihat tidak hanya di arena peranti mudah alih esukan sahaja ada pemain daripada luar negara menyertai pasukan tempatan. Malah arena sukan fizikal juga begitu. Bahasa mungkin akan menjadi “barrier” buat Kairi. Tetapi atas tekad, usaha serta kemahirannya mungkin akan memecahkan sempadan bahasa (komunikasi) tersebut.

Kredit : Youtube Spin Esports

Sudah tentu atas kemahiran dan kebolehan (skills) yang ada pada Kairi akan memudahkan dia untuk menyertai Indonesia.

Jika khabar angin ini benar, sudah tentu ianya kana menjadi berita hangat di dalam komuniti MLBB seluruh dunia. Ini kerana Kairi bakal menjadi pemain Filipina pertama yang mencari pengalaman baru di Indonesia.

Semoga yang terbaik buat pemain hebat ini!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *