MEMUAT

Taip untuk mencari

Daftar Dan Sertai MENDONIA COMMUNITY CUP Series

ai hyprgame
Kongsi
Daftar Dan Sertai MENDONIA COMMUNITY CUP Series

Kepada peminat peranti mudah alih FIFA Mobile, anda kini boleh menunjukkan bakat anda menjadi raja padang maya pada acara MENDONIA COMMUNITY CUP FIFA MOBILE. Kejohanan FIFA Mobile yang dianjurkan oleh Gamesbond ini akan diadakan di 1 Utama pada 4 Jun (Siri 1), 5 Jun (Siri 2), 11 Jun (Siri 3) dan 12 Jun (Siri 4).

Kredit : Facebook GamesBond

Untuk pengetahuan, keempat-empat siri ini merupakan kejohanan yang berlainan dimana ia menawarkan nilai hadiah sehingga RM7,500 bagi setiap minggu.

Kredit : Facebook GamesBond

Tambahan lagi, kejohanan ini juga bukan sahaja dibawakan khas oleh 1 Utama Shopping Centre malahan kerjasama bersama peranti mudah alih OPPO, jenama pengeluar barangan keperluan kesihatan yang berinovasi iaitu OSIM serta pengeluar televisyen berteknologi tinggi iaitu LG Electronics turut memberikan sokongan kepada kejohanan ini.

Slot penyertaan adalah terhad dan anda dinasihatkan untuk tidak berlengah lagi bagi menyertai kejohanan ini. Jadi tunggu apa lagi? Jangan lupa untuk mendaftar di 1U FIFA MOBILE melalui pautan yang telah disediakan didalam hantaran iklan kejohanan ini.

May be an image of text that says 'Iallinone UTAMA ESPORTS TOURNAMENT 2022 PRESENTS 1 1 UTAMA ESPORTS TOURNAMENT PRIZE POOL WORTH RM 8,500+ FREE-TO-ENTER SERIES 5TH JUNE 2022 LG UTAMA SHOPPING CENTRE PLAY USING PS5 FIFA22 PRIZE SPONSORS oppo OSIM* MANAGED BY GOOMESBOND SUPPORTED BY UltraGear™ ONE 1PAY ONESHOP CARD utama MF privileges+ It'sl'
Kredit : Facebook GamesBond

Cuma klik pada pautan tersebut dan ikuti arahan selanjutnya bagi mengisi maklumat diri terperinci untuk menyertai kejohanan ini.

Kredit : Facebook GamesBond

Projek komuniti yang diadakan ini adalah untuk meraikan peminat FIFA Mobile dengan memberikan keseronokkan kepada mereka, disampimg dapat berjumpa dengan ramai pesaing hebat didalam acara sebegini juga dapat membantu meningkatkan arena esukan dalam kalangan masyarakat khususnya.

Kredit : Facebook GamesBond

Penyertaan adalah percuma, dan hanya memaksimunkan peserta seramai 32 orang sahaja. Anda haruslah menggunakan platform peranti mudah alih (mobile devices) untuk bermain. Acara akan diadakan di LG Oval, 1 Utama.

Pemain akan berpeluang mendapatkan Prize Pool berupa OPPO RENO7 5G yang bernilai RM1999 serta baucer beli-belah ONECARD yang bernilai RM1000.

Daftar Dan Sertai MENDONIA COMMUNITY CUP Series
Kredit : Facebook GamesBond

Manakala pemenang Runner-Up, Tempat Ke-3, dan Ke-4 masing-masing akan membawa pulang baucer ONECARD yang bernilai bermula daripada RM100-RM500 mengikut ranking masing-masing.

May be an image of 1 person and text that says 'wama UTAMA ESPORTS TOURNAMENT 2022 PRESENTS 1 UTAMA ESPORTS TOURNAMENT 3 12 JUNE 2022 ー LG OVAL, UTAMA SHOPPING CENTRE ESPORTS TOURNAMENT BUNDESLIGA IT'S MEANTTO BE. FOOTBALL AS BUNDESLIGA ESPORTS CHALLENGE & EXPERIENCE THE BUNDESLIGA CHALLENGE PRIZE SPONSORS OppO OSIMi MANAGED BY GOOMESBOND SUPPORTED BY LG UltraGear™ ONE 1PAY ONESHOP CARD utama MOINE privileges+'
Kredit : Facebook GamesBond

Selain kejohanan ini, bersempena cuti sekolah ini 1 Utama juga turut akan mengadakan Esports Challenge and Experience serta The Bundesliga Challenge. Anda semua boleh isi masa lapang dengan menyertai esukan ini disamping berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dari 3 Jun hingga 12 Jun 2022.

Untuk maklumat lebih lanjut lagi mengenai kejohanan ini, anda boleh melayari laman sosial Facebook dan Instagram GamesBond sekarang!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya