MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Elaun Bulanan, Esukan Tidak Tersenarai?

ai hyprgame
Kongsi
Elaun Bulanan, Esukan Tidak Tersenarai?

Sukan Sea Hanoi, Vietnam Ke-31 yang diadakan pada tahun ini telah pun berakhir dimana Malaysia berada di ranking ke-6 dengan membawa pulang 39 Pingat Emas. Manakala atlet e-sukan yang mewakili Malaysia pula telah berjaya memperolehi Pingat Gangsa bagi kategori FIFA Online 4, PUBG Mobile secara skuad dan juga Arena Of Valor (AOV) pada temasya tersebut. Baru-baru ini MSN memberi khabar yang kadar kenaikan elaun bulanan kepada pemenang pingat akan dinaikkan, namun begitu atlet esukan negara tidak tersenarai dalam penerima peruntukkan tersebut.

Kredit : Kakuchopurei.com

Untuk pengetahuan, skuad E-sukan Malaysia telah meletakkan sasaran memenangi 1 Pingat Emas 3 Gangsa namun begitu target yang ditetapkan tidak tercapai apabila mereka hanya mampu membawa pulang 3 Pingat Gangsa sahaja daripada 10 Pingat Emas yang menjadi rebutan saingan esukan Sukan Sea Ke- 31.

Elaun Bulanan, Esukan Tidak Tersenarai?

Walaupun tidak mencapai sasaran yang ditetapkan, skuad esukan Malaysia sudah pun memberikan yang terbaik bagi temasya ini.

Memetik tentang prestasi dan perkembangan E-sukan yang sepatutnya disokong oleh pelbagai pihak, Majlis Sukan Negara (MSN) tidak terlepas daripada memberikan pandangan mereka berkaitan isu ini. Malahan pihak berwajib seperti Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga memainkan peranan dalam mencorakkan masa depan industri sukan, terutamanya E-sukan negara.

Baru-baru ini, Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Amumu telah memuat naik sebuah hantaran di Facebooknya mengenai kadar kenaikkan elaun bulanan khas buat atlet sukan negara yang telah pun berjaya membawa pulang pingat ke Malaysia.

Kredit : Facebook Faizal Azumu

Melalui hantaran ini, ramai yang tertanya-tanya adakah E-sukan akan tersenarai dalam penerima elaun ini?

Ternyata tanggapan peminat E-sukan meleset apabila pihak MSN memberikan kenyataan yang penerima kadar elaun bulanan ini hanya dikhususkan kepada altet yang menerima kontrak sepenuh masa sahaja di bawah program MSN.

Kredit : Youtube Ninjaboyz21

Tambahan lagi, MSN juga mengatakan yang E-sukan bukanlah sukan sepenuh masa dan bantuan juga diberikan kepada sukan luar program bergantung kepada bentuk bantuan yang diluluskan didalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh pihak majlis MSN.

Selain itu, E-sukan merupakan program jangka masa pendek dan atlet E-sukan adalah di bawah jagaan syarikat. Setakat ini program e-sukan ini masih belum dirangka lagi kerana belum dikenalpasti sepenuhnya samaada ia akan dipertandingkan ataupun tidak pada temasya tertentu.

Kredit : Youtube Bernama TV

Malahan, atlet e-sukan juga adalah dibawah jagaan syarikat dan bukannya persatuan yang menyebabkan terhadnya campur tangan atau hak kuasa daripada pihak lain.

Penyertaan e-sukan di temasya besar seperti Sukan Asia dan Sukan SEA yang masih lagi baru, iaitu hanya sebanyak 2 kali belum menjadikan e-sukan sebagai sukan sepenuh masa dibawah senarai MSN.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *