MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Gigih Di Arena MLBB Rumah Impian Edward Terbina

ai hyprgame
Kongsi
Gigih Di Arena MLBB Rumah Impian Albert Terbina

Pernah tak anda merasa yang ahli keluarga anda tidak menyokong penyertaan anda didalam arena kompetetif peranti mudah alih esukan sebagai kerjaya sebenar ? kerana zaman sekarang masih ramai ibubapa yang sering berkata bahawa bermain video game tidak akan membawa individu itu kemana-mana. Mungkin kita boleh mencontohi sikap Edward sebagai EXP laner pasukan Blacklist International yang akhirnya berjaya memiliki rumah impiannya hasil penat lelahnya sepanjang berada di arena Mobile Legends Bang Bang MLBB ini. Jom kita singkap perjalanan Edward di MLBB ini!

Mobile Legends: Bang Bang M3 World Championship, Blacklist International
Kredit : One Esports

Edward telah berjaya menerima habuan daripada segala penat lelahnya apabila berjaya menjadi juara dalam pelbagai pertandingan tempatan mahupun antarabangsa bagi arean kompetetif Mobile Legends Bang Bang MLBB. Akhirnya, rumah idamannya sudah mampu dibeli dengan menjana pendapatan sebagai pemain Mobile Legends Bang Bang MLBB (Blacklist International).

17-year-old pro ‘Mobile Legends’ player builds dream house out of esport earnings
Kredit : rappler.com

Edward Jay Dapadap merupakan seorang pemain arena kompetetif Mobile Legends Bang Bang MLBB memegang peranan sebagai EXP Laner dalam pasukannya Blacklist International yang mewakili Filipina.

Dia telahpun membuat hantaran ringkas di lama sosial Facebook rasminya berkenaan rumah yang bakal di bina dengan caption yang berbunyi “soon-to-be-built home” akhirnya membongkarkan rumah besar yang dimilikinya itu akan berada di lokasi Quezon City

Kredit : manilastandard.net

“Tiada apa yang lebih membahagiakan apabila melihat impian kamu tercapai perlahan-lahan yang datangnya daripada kerja keras kamu.” kata Edward didalam hantarannya.

Untuk Pengetahuan, rumah jenis townhouse yang bakal diduduki Edward itu cuma terletak pada jarak yang dekat dengan kawasan Eastwood, dan juga merupakan townhouse tiga tingkat yang mewah dan lengkap dengan kemudahan hiburan mahupun fasiliti kepada penghuni di hub tersebut.

Kredit : Twitter Blacklist International

“Segala kepenatan malam dan pengorbanan adalah berbaloi. Terima kasih kepada semua terutamanya keluarga saya yang telah memberi sokongan sepanjang perjalanan kerjaya saya ini. Ini semua mustahil akan terjadi tanpa sokongan kalian semua” Ungkap Edward.

Pada umurnya yang masih muda menjangkau 17 Tahun itu, sebagai EXP laner MLBB dia juga telah mempunyai pelbagai pencapaian yang baik pelbagai pertandingan.

Albert juga merupakan antara pemain penting di dalam pasukan Blacklist International yang memegang gelaran secara berturut-turut di MPL PH.

Kredit : DOT Esports

Pada peringkat antarabangsa, dia telah membantu Blacklist International sehingga mampu mengangkat Trofi M3 World Championship tahun lalu.

Selain itu, pencapaian EDWARD di Land of Dawn telah membantunya membuktikan dirinya sebagai salah seorang pemain terhebat bukan sahaja di rantau ini, tetapi di antarabangsa juga.

Semoga kisah Edward ini menjadi suntikan semangat buat orang lain terutamanya golongan muda yang baru sahaja berjinak dalam arena esukan seperti ini. Betul, usaha tidak akan akan pernah mengkhianati hasil!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *