MEMUAT

Taip untuk mencari

Kongsi

Setiap minggu mesti akan ada perlawanan yang terbaik ditunjukkan oleh semua pasukan. Untuk kali ini, 5 Permainan Terbaik di Minggu Pertama Regular Season adalah versi Hyprgame! Ada beberapa gameplay & penggunaan hero yang sangat baik ditunjukkan oleh beberapa pasukan.

Minggu Pertama Regular Season, kita boleh lihat Team SMG & Red Esports menguasai Land of Dawn. Agak terkejut untuk melihat prestasi dari Red Esports lebih-lebih lagi Jungler pasukan itu, Zaed. Konsistensi untuk minggu yang akan datang sangat diharapkan!

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

5 Permainan Terbaik di Minggu Pertama Regular Season

1. Lancelot & Hayabusa Leixia ketika menentang pasukan Orange Esports 

Pengambilan Leixia ke dalam Team SMG memang tidak salah alamat! Pasukan itu memiliki komunikasi yang sangat bagus. Seperti yang kita tahu, Leixia merupakan Jungler idaman semua pasukan. Siapa yang tidak mahu Jungler yang memiliki bakat yang luar biasa seperti Leixia? 

Dalam perlawanan menentang Orange Esports, Leixia berjaya mendapatkan MVP dengan penggunaan Lancelot yang sangat berkualiti! Lancelot adalah satu satu hero yang memerlukan skill mekanik yang tinggi — fast hand! Damage yang dikeluarkan oleh Leixia berjaya mencuri buff pasukan Orange Esports.

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Boleh lihat dari perlawanan Orange Esports, dengan adanya Leixia, Sasa tiada apa-apa masalah untuk dapatkan objektif. 2 kali MVP, susah nak hentikan Jungler Team SMG ini. Role ini sangat penting sebab dia memegang tugas yang sangat berat. Kalau Jungler kurang perform, memang susah untuk pasukan dapatkan kemenangan.

Tapi dengan adanya Leixia, beliau memenuhi semua kriteria sebagai Jungler — farm dengan pantas, dapatkan creeps, beri bantuan kepada pasukan, initiate dalam perlawanan & snowball dengan baik. Penggunaan Hayabusa dari Leixia membawa Team SMG mendapatkan kemenangan mutlak.

Kesilapan Orange Esports adalah apabila mereka bermain dengan terlalu berhati-hati. Strategi tersebut sukar sedikit untuk digunakan lebih-lebih lagi apabila mereka berhadapan dengan Team SMG yang memang mahukan kemenangan & tidak takut untuk dapatkan pihak lawan. GGWP, Leixia! 

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

2. Suhaz Box tunjuk cara macam mana nak gunakan Dyrroth 

Kalau dilihatkan dari draft pasukan Suhaz Esports di perlawanan pertama ketika berlawan dengan HomeBois, memang draft mereka draft yang mampu keluarkan damage yang besar di fasa late game. Kalau dilihat dari segi level, Hayabusa Chibi kalah dengan Dyrroth Box. Terlalu berkuasa!

Dominasi yang sangat besar ditunjukkan oleh Suhaz Esports di perlawanan pertama. Permainan yang baik ditunjukkan oleh Suhaz Esports apabila mereka berjaya membina jurang gold & turret dari pasukan HomeBois. Disebabkan mereka bermain dengan sangat berdisiplin, Suhaz berjaya berikan tekanan yang tinggi buat pasukan itu.

Walaupun mereka tidak berjaya memenangi perlawanan secara keseluruhan, tetapi ini adalah gameplay terbaik Suhaz Esports Minggu Pertama Regular Season. Mereka menyiapkan semua item dengan cepat disebabkan oleh disiplin mereka mendapatkan objektif terlebih dahulu. 

GGWP, Suhaz Esports! Menarik untuk melihat draft Suhaz di minggu yang seterusnya. Mereka tidak menggunakan hero yang biasa dilihat sebab itu Suhaz ada draft yang unik. Suhaz membawa hero unik yang mampu menguasai keseluruhan peta dengan baik seperti Dyrroth!

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

3. Miya dari Momo buat kejutan besar ketika lawan Red Esports

Kalau dilihatkan dalam semua perlawanan Todak, Momo merupakan pemain bintang pasukan itu. Kita tahu damage yang ada pada Miya memang besar lebih-lebih lagi di fasa late game. Momo juga berhasil melengkapi Jungler pasukan beliau, Ajiq untuk initiate dalam team fight dengan baik.

Beliau memberi fokus sepenuhnya untuk dapatkan turret pasukan Red Esports. Disebabkan damage besar yang dikeluarkan oleh Momo, beliau mengambil kesempatan untuk menjatuhkan semua turret pasukan Red Esports. Terus menerus mengekalkan fokus, Todak berjaya bermain dengan berdisiplin.

Maniac yang pertama didapatkan oleh Momo melalui penggunaan Miya yang sangat berkualiti! Damage Miya terlalu besar sehingga membuatkan Red Esports berundur ke base mereka. Miya Inspire? Memang berkesan!

Dari segi pengawalan peta, memang Todak bermain dengan sangat baik di perlawanan pertama sehingga Miya Momo dikenakan respect ban ketika masuk di perlawanan kedua. Tidak memenangi keseluruhan perlawanan, tetapi itu antara perlawanan terbaik Todak di Minggu Pertama Regular Season. GGWP, Momo!

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

4. Bakat baru Red Esports, Zaed menyerlah ketika menentang Todak

Red Esports! Banyak sebenarnya perubahan yang boleh dilihatkan dari pasukan ini. Mereka membawa masuk bakat baru, Zaed yang memegang role sebagai Jungler pasukan itu. Tidak mengecewakan sama sekali. Pembawakan kedua-dua hero, Ling & Hayabusa dari Zaed berikan kesukaran untuk Todak.

Dari segi level, seperti yang pernah dibincangkan sebelum ini, farming dari Jungler Red Esports lebih baik berbanding Ajiq. Zaed tahu tanpa buff yang mencukupi, permainan akan jadi lebih sukar.

Di perlawanan penentuan, Zaed membawa masuk Hayabusa & sekali lagi beliau memberi kejutan dengan pembawakan Hayabusa yang sangat baik. Pelepasan Valentina memang satu kesilapan. Team fight yang dimulakan oleh Red Esports di fasa early game memberi kelebihan buat Valentina menyerlah. 

Tetapi seperti biasa, Todak memang menghadapi masalah dari segi farming terutamanya untuk hero core. Farming pasukan Todak tidak sebaik Red Esports yang terus mendapatkan creeps dengan pantas. Itu merupakan kelebihan yang ada pada Jungler pasukan Red Esports. GGWP, Zaed!

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

5. Fanny LinkEzaa berhadapan dengan RSG MY memang OP 

Rookie LinkEzaa memang ada bakat yang besar. Dan, kemasukan beliau dalam Team Caracal melengkapi pasukan itu dengan sangat baik. Dari segi komunikasi & keserasian, memang nampak mereka selesa bermain bersama.

Dalam perlawanan menentang RSG MY di Hari Ketiga Regular Season, Team Caracal membuat sedikit kesilapan di perlawanan pertama menyebabkan RSG MY mendahului mereka satu mata di hadapan. Comeback yang mereka buat di perlawanan kedua memang menjadi! 

Tiada apa yang Jungler Team Caracal ini tidak boleh lakukan! Beliau bermain Fanny dengan sangat baik. Penggunaan Fanny itu membantu pasukan beliau mendapatkan team fight yang baik. Tekanan yang diberikan oleh Fanny terhadap RSG MY berjaya menyukarkan pasukan tersebut.

Bukan LinkEzaa sahaja, permainan yang baik ditunjukkan oleh semua pemain Team Caracal. Mereka sangat berdisiplin! Rata-rata daripada pasukan memiliki strategi yang tersendiri; sama ada untuk fokus dapatkan pembunuhan atau lengkapkan objektif.

Untuk Team Caracal, mereka stabil dalam kedua-duanya. Tetapi banyak dilihatkan mereka lebih berminat untuk dapatkan semua objektid terlebih dahulu sebelum betul-betul berada dalam team fight. GGWP, Team Caracal! Permulaan yang baik!

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Itulah 5 Permainan Terbaik di Minggu Pertama Regular Season yang disenaraikan oleh Hyprgame! Ada banyak lagi sebenarnya gameplay yang menarik untuk dilihatkan seperti penggunaan meta split push dari HomeBois. Tetapi, kami hanya menyenaraikan 5 Permainan Terbaik versi Hyprgame. Minggu Pertama Regular Season sudah pun menyaksikan banyak pasukan memberikan kejutan.

Red Esports antara pasukan yang mengejutkan di dalam regular season. Permainan mereka memang lain daripada yang lain; lebih yakin & selalu comeback dalam perlawanan. Dengan adanya bakat baru seperti Zaed, tidak mustahil Red Esports boleh jadi pencabar terkuat di regular season.

Ada 7 minggu lagi regular season sebelum masuk ke peringkat playoffs. Masih ada banyak lagi pasukan yang belum lagi menunjukkan strategi mereka yang sepenuhnya. Antaranya adalah pasukan Todak. Prestasi mereka di Minggu Pertama Regular Season agak mengejutkan. Tetapi, mengenali Todak, mereka mampu untuk comeback dalam perlawanan!

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *