MEMUAT

Taip untuk mencari

MPL MY S9: Xorn & Maima sah akan kembali semula ke Geek Fam!

atq_hyprgame
Kongsi

Transfer window pada kali ini menyaksikan organisasi e-sukan sudah mula mengumumkan kemasukan pemain mereka ke dalam roster. Sebelum ini, transfer window melihat Team SMG melepaskan Leixia yang kini telah kembali semula ke pasukan asal beliau, Team Caracal.

Terbaru, pasukan Geek Fam yang merekodkan kedudukan tercorot di dalam Kumpulan B telah membawa masuk semula Xorn & Maima ke dalam roster mereka. Xorn yang sebelum ini menyatakan bahawa beliau akan berehat dari MPL Malaysia S9 tidak lagi berbuat demikian. Beliau sah akan kembali ke dalam roster Geek Fam.

Nampaknya memang Geek Fam memerlukan pemain bintang mereka, Xorn untuk kembalikan semula momentum & performa Geek Fam yang kelihatan kurang memuaskan. Begitu juga dengan Maima! Kedua-dua pemain bintang Geek Fam ini akan kembali semula ke dalam roster untuk membantu Geek Fam mendapatkan tempat di playoffs.

Sumber: Geek Fam Mobile Legends Malaysia

Maima sebelum ini dikatakan berehat sebentar disebabkan oleh urusan peribadi (pelajaran) yang dihadapi oleh beliau. Kenyataan Geek Fam tentang Maima akan berehat dari MPL Malaysia S9 tidak dinyatakan secara rasmi. Hanya Xorn sahaja yang dikatakan bakal berehat dari MPL Malaysia S9.

Jadi, kemasukan Maima ke dalam roster Geek Fam untuk musim transfer window MPL Malaysia S9 sudah boleh dijangka. Untuk Xorn, sedikit mengejutkan kerana kenyataan rasmi tentang status rehat beliau telah dikemukakan oleh Geek Fam. Tetapi, melihat dari performa Geek Fam di regular season, pasukan itu perlu cari strategi baru untuk kembalikan semula momentum mereka dalam permainan.

Kemasukan Xorn & Maima adalah jawapan yang tepat untuk Geek Fam. Dengan kembalinya kedua-dua pemain ini, adakah Geek Fam akan menggunakan line up utama mereka —  Xorn, Dominus, Maima, Artz & Lilbie? 

Barisan pemain Geek Fam kini terdiri daripada Xorn, Dominus, Maima, Artz, Lilbee, Saiyajinn, Burpyy, Xray & Nellbie. Melihat dari prestasti Burpyy sebagai Jungler pasukan Geek Fam, beliau dalam keadaan/momentum yang sangat baik. Namun, peratusan beliau untuk duduk di bahagian subs boleh dikatakan 50/50 dengan kemasukan semula Maima.

Sumber: MPL Malaysia

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *