MEMUAT

Taip untuk mencari

Kongsi

Antara pasukan yang masih kekalkan 100% win rate dari Minggu Pertama sehingga Minggu Kedua, mereka adalah Team Caracal. Namun, masuk di Minggu Ketiga, semua pasukan sudah pasti mahukan kemenangan untuk melonjakkan lagi mata mereka dalam kumpulan masing-masing.

Tetapi, di Minggu Ketiga, pasukan Todak & RSG MY berjaya pecahkan 100% win rate yang dimiliki oleh Caracal apabila kedua-dua pasukan ini memenangi perlawanan bersih (2-0) menentang dengan Team Caracal. Memang Kumpulan B menunjukkan persaingan yang sengit di antara kesemua pasukan.

Sumber: MPL Malaysia
Sumber: MPL Malaysia

Kalau bercakap tentang drafting Team Caracal ketika berhadapan dengan Todak & RSG MY, tiada masalah yang besar. Mereka ada draft yang agak menyakinkan. Namun, untuk masa yang sekarang, kebanyakkan pemain core membantu masuk Aulus & memang Aulus adalah jawapan kepada kemenangan Todak menentang Caracal. 

Kedua-dua pasukan, RSG MY & Todak membantu masuk Aulus untuk dimainkan, Manakala LinkEzaa kerap kali membawa masuk Yin untuk berhadapan dengan Aulus pasukan lawan. Beberapa kali menggunakan Yin untuk berlawan dengan Aulus, akhirnya perlawanan Todak & RSG MY menentang Caracal memberi jawapan bahawa Aulus adalah Jungler terbaik berbanding dengan Yin. 

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Tidak dapat dinafikan, momentum Caracal sedikit jatuh di Minggu Ketiga kerana semua pasukan sudah pun dapatkan power spike yang mereka perlukan. Semua mahu berada di kedudukan teratas selepas tamatnya Minggu Kelima. Adakah Caracal akan bawa strategi baru di Minggu Keempat?

Untuk pengetahuan semua, Minggu Pertama sehingga Minggu Kelima adalah minggu yang sangat penting untuk semua pasukan di dalam Kumpulan A & B mengumpul mata mereka. Di Minggu Keenam sehingga Minggu Kelapan, tugasan akan lebih mencabar!

Pasukan Kumpulan A akan berjumpa dengan pasukan Kumpulan B bermula dari Minggu Keenam. Dari situ, kita akan lihat pasukan manakah yang akan mengungguli kedudukan 4 pasukan terbaik untuk duduk di dalam upper bracket playoffs! 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *