MEMUAT

Taip untuk mencari

Kongsi

Minggu Ketiga Regular Season menampilkan lebih banyak pasukan yang sudah mula Mahu melonjakkan lagi mata mereka untuk mendominasi kedudukan dalam kumpulan mereka. Untuk kali ini, 3 Permainan Terbaik di Minggu Ketiga Regular Season adalah versi Hyprgame!

Masuk sahaja di Minggu Ke, semua pasukan tidak lagi mahu berada di tempat yang sama kerana misi setiap pasukan adalah untuk kekal berada di kedudukan terbaik sebelum Minggu Keenam Regular Season mengambil alih. Selepas Minggu Kelima, pasukan dari Kumpulan A & Kumpulan B akan berjumpa sesama mereka.

Kalau di Minggu Pertama, Zaed dari Red Esports berjaya dapatkan MVP keseluruhan. Di Minggu Kedua kita ada Irfan daripada pasukan HomeBois yang membuktikan bahawa pasukan beliau masih lagi mengekalkan 100% win rate. Dan, masuk di Minggu Ketiga, Momo berjaya mendapatkan gelaran MVP dengan merekodkan jumlah KDA 21/5/19! 

Sumber: MPL Malaysia
Sumber: MPL Malaysia
Sumber: MPL Malaysia

3 Permainan Terbaik di Minggu Ketiga Regular Season 

1. Todak vs Team Caracal

Di Minggu Ketiga Hari Kedua Regular Season, rasanya rata-rata dari komuniti mahu melihat perlawanan di antara pasukan terkuat dalam Kumpulan B, Caracal dengan pasukan kegemaran ramai, Todak! 

Memang tidak dapat dinafikan, perlawanan antara kedua-dua pasukan ini menunjukkan sisi terbaik pasukan Todak selepas mereka tidak berjaya dapatkan permulaan yang baik di Minggu Pertama. Masuk di Minggu Kedua, mereka sudah mula menunjukkan taring. Dan, masih kekalkan momentum yang sama di Minggu Ketiga.

Perlawanan Caracal menentang Todak membawa pasukan yang sudah 3 kali berada di M Series ini mendapatkan kemenangan bersih 2-0. Memang power spike yang ada pada pemain Todak sangat mengagumkan. Kekalahan Caracal di dalam perlawanan ini bukanlah disebabkan oleh draft, tetapi mungkin disebabkan oleh kelajuan permainan yang Todak ada. 

Todak cuba sedaya upaya dapatkan permainan di fasa early sehingga mid game dengan baik supaya Caracal tidak dapat mengejar mereka dengan mudah. Bila snowball berjaya, power spike juga dapat, memang mudah untuk Todak kekalkan momentum mereka.

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang Official

2. RSG MY vs Caracal 

Perlawanan di antara RSG MY & Caracal di Minggu Ketiga Hari Ketiga Regular Season juga membawa RSG MY mendapatkan kemenangan bersih 2-0. Tidak dapat disangkal lagi bahawa komposisi yang dimiliki oleh RSG MY di MPL Malaysia S9 pada kali ini lebih baik. 

Boleh dikatakan draft pasukan Caracal tidaklah begitu teruk. Mereka ada siapkan beberapa hero yang baik seperti kemasukan Uranus, Karina, Beatrix, Yin, Yve & sebagainya. Tetapi, cara RSG MY bermain memang harus diberi pujian. Mereka sangat berdisiplin dalam mencari sasaran. 

RSG MY banyak kali mendapatkan permainan di fasa early game dengan baik. Mereka dapatkan snowball dengan cepat untuk cepat-cepat kunci objektif. Walaupun Caracal ada memiliki hero yang boleh merumitkan RSG MY seperti Jawhead, tetapi pasukan itu tidak berjaya dapatkan fasa early game dengan baik. 

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang Official

Todak vs Red Esports

Kita tahu Red Esports adalah salah satu pasukan Kumpulan B yang memang konsisten. Mereka telah pun buktikan kemampuan mereka apabila berjaya tewaskan RSG MY. Tetapi, Todak tidak akan membiarkan Red Esports terus mengungguli kedudukan di dalam Kumpulan B. 

Di perlawanan pertama, memang Todak ada membuat kesilapan besar iaitu tidak peka pada pengawalan peta sehingga Fanny Zaed berjaya mendapatkan crystal pasukan Todak. Kalau bercakap tentang draft yang disediakan oleh Red Esports & Todak di perlawanan pertama, draft Red Esports lebih baik tetapi untuk Todak dapatkan kemenangan di perlawanan pertama tidak mustahil.

Belajar dari kesilapan! Todak akhirnya berjaya untuk comeback & mendapatkan kemenangan 2 kali berturut-turut. Walaupun permainan ditarik sehingga ke perlawanan ketiga, kita selalu lihat Todak berada dalam situasi seperti itu. Untuk mereka comeback, tidak mustahil.

Dari pengalaman yang ada pada pasukan Todak, mereka adalah pasukan yang mudah membaca gamelay pasukan lawan. Tiada masalah untuk Todak kaji dahulu gameplay pasukan lawan & cuba untuk cari kelemahan mereka. Itu yang berjaya dilakukan oleh Todak! 

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang Official

Itulah 3 Permainan Terbaik di Minggu Ketiga Regular Season yang disenaraikan oleh Hyprgame! Ada banyak lagi sebenarnya gameplay yang menarik untuk dilihatkan. Tetapi, kami hanya menyenaraikan 3 Permainan Terbaik versi Hyprgame. Minggu Ketiga Regular Season sudah pun menyaksikan banyak pasukan memberikan kejutan.

Tidak mengejutkan untuk Todak menjadi pasukan yang akan beri banyak kejutan di dalam regular season. Permainan Todak masuk di Minggu Ketiga Regular Season memang sangat konsisten. Walaupun mereka ada melakukan beberapa kesilapan, tetapi mengenali Todak, mereka sentiasa belajar dari kesilapan untuk perbaiki lagi prestasi.

Ada 5 minggu lagi regular season sebelum masuk ke peringkat playoffs. Masih ada banyak lagi pasukan yang mahu membuktikan kemampuan mereka. Adakah Todak akan kekal dengan momentum yang sama di Minggu Keempat Regular Season? Transfer window juga akan dibuka!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya