MEMUAT

Taip untuk mencari

MPL MY S9: Adakah Leixia akan bermain untuk Caracal atau berehat?

atq_hyprgame
Kongsi

Pembukaan transfer window bagi MPL Malaysia S9 akan dibuka pada minggu ini (Minggu 4). Jadi, mungkin ada beberapa pasukan yang telah pun membuat persediaan bagi menyerap/mengambil/membawa pemain untuk masuk ke dalam roster mereka. 

Terbaru, Team SMG telah mengumumkan bahawa mereka akan melepaskan pemain asal Team Caracal iaitu Leixia. Seperti yang sedia tahu, Leixia telah dipinjamkan ke Team SMG untuk MPL Malaysia S9. Tetapi, kedua-dua organisasi e-sukan tidak menyatakan sampai bila pinjaman ini berlaku. 

Dan, kini, rasmi! Hanya 3 minggu bersama dengan Team SMG, Leixia dilepaskan dari pasukan itu. Dalam posting yang dimuat naik oleh Team SMG, organisasi e-sukan itu menyatakan bahawa Leixia mahu berehat. 

Sumber: Team SMG

“TERIMA KASIH, LEIXIA,”

“Pada hari ini, kami terpaksa mengucapkan selamat berpisah kepada salah seorang pemain skuad Mobile Legends kami, Leixia,”

“Leixia telah meluahkan hasratnya untuk berehat dan kami menghormati keputusannya. Selamat maju jaya dan terima kasih Leixia atas perkhidmatan anda bersama Team SMG. Semoga urusan anda dipermudahkan pada masa akan datang.”

Kita tahu bahawa status Leixia dalam Team SMG hanya sebagai pinjaman. Dan, beliau boleh sahaja sertai Caracal semula apabila transfer window dibuka. Team SMG juga memiliki Jungler mereka iaitu Harpist & Subway. Jadi, ketiadaan Leixia mungkin tidak akan mengurangkan momentum yang ada pada Team SMG sekarang. 

Team SMG juga dalam kedudukan yang baik di dalam Kumpulan A. Setiap minggu mereka berjaya bawakan gameplay yang baik. Keberadaan Harpist & Subway di dalam Team SMG sebagai Jungler juga agak baik. Kedua-dua pemain ini mampu tunjukkan kemampuan mereka di MPL Malaysia S9.

Sumber: Team SMG

Adakah Leixia sertai Caracal, berehat atau sertai Todak di SEA Games? 

Caracal telah pun mengumumkan kemasukan Leixia semula ke dalam pasukan itu tetapi adakah Leixia akan bermain untuk Caracal di MPL Malaysia S9?Melihat dari posting yang dimuat naik oleh Caracal, organisasi e-sukan itu menyatakan bahawa Leixia akan berehat. Dan, Caracal akan menerima sebarang keputusan yang dibuat oleh Leixia di masa akan datang.

Ada banyak sebenarnya persoalan yang masih lagi dalam tanda tanya. Adakah Leixia akan berehat atau bermain semula untuk Caracal? Rata-rata daripada komuniti MLBB menyatakan bahawa beliau akan bermain semula untuk Caracal (tidak berehat).

Untuk Leixia bermain semula dengan Caracal, rasanya tiada masalah kerana kedua-dua Jungler Caracal ada momentum yang diperlukan. Baru-baru ini, Caracal tidak berjaya kekalkan 100% win rate mereka selepas tewas di tangan Todak & RSG MY. Mungkin Caracal mahu atur semula strategi mereka.

Ada juga rata-rata daripada komuniti yang menyatakan bahawa Leixia berehat dari MPL Malaysia S9 untuk sertai Todak mewakili Malaysia di 31st SEA Games. Mungkin ini juga satu kemungkinan kerana Todak juga masih belum mengumumkan pemain tambahan mereka untuk ke SEA Games. 

Sumber: Todak MLBB
Sumber: Team Caracal

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *