MEMUAT

Taip untuk mencari

31st SEA Games: Roster MLBB Indonesia dikuatkan oleh James & 7 pemain

atq_hyprgame
Kongsi

Seperti yang kita tahu, pemilihan bagi perwakilan Indonesia ke 31st SEA Games memang berbeza dengan Malaysia & negara Asia Tenggara yang lain. Kalau perwakilan Malaysia, setiap pasukan akan bersaing dalam pusingan kelayakan, mendapatkan tempat terbaik & bersedia untuk wakil Malaysia.

Pasukan yang mewakili Malaysia (seperti Todak) boleh merekrut pemain dari pasukan lain untuk lengkapkan pasukan Malaysia di SEA Games. Tetapi, ia juga bergantung kepada kerjasama setiap organisasi e-sukan sama ada mahu melepaskan pemain mereka atau tidak. Disebabkan pemilihan Malaysia tidak sama dengan Indonesia, jadi, ia akan beri sedikit kesukaran untuk pasukan Malaysia dapatkan pemain dari pasukan lain.

Tetapi seperti yang dikatakan sebelum ini, Ikuto ada menyatakan bahawa organisasi e-sukan Todak telah pun menyenaraikan pemain yang akan bersama dengan Todak di SEA Games nanti. Namun, buat masa kini, calon pemain tersebut masih lagi dirahsiakan.

Sumber: ANTARA

Seperti di Indonesia, mereka ada sesi bootcamp mereka tersendiri sepanjang pemilihan pemain dijalankan yang dinamakan sebagai Pusat Latihan Nasional. Setiap pemain akan melalui saringan yang ditetapkan bagi membentuk “pasukan baru” yang akan mewakili Indonesia. Tidak memilih pasukan tetapi memilih pemain yang akan membentuk satu pasukan untuk ke 31st SEA Games.

Semua pemain yang terlibat memang wajib berikan kerjasama kerana mereka yang terpilih akan membawa nama Indonesia di 31st SEA Games. Sistem pemilihan yang dibuat oleh Indonesia ini lebih sistematik. Dengan adanya pemilihan pemain (berbanding pasukan), scene e-sukan Indonesia sentiasa bersedia dalam menghadapi arena yang besar.

Sumber: Spin Esports

Terbaru, sesi pemilihan telah pun tamat bagi semua kategori. Kini, pasukan MLBB Indonesia telah pun melengkapkan roster mereka. Seperti yang kita tahu, James Chen ada tersenarai sebagai pelatnas yang akan melengkapkan kategori jurulatih.

Dan, beliau juga rasmi terpilih sebagai jurulatih pasukan Indonesia di SEA Games bersama dengan 7 lagi pemain. Pemain tersebut adalah Alberttt, Sanz, CW, Kiboy, Vyn, R7 & Luminaire. Selepas pemilihan tamat, pasukan Indonesia ini akan menjalani sesi bootcamp yang lain pula bagi memperkuatkan lagi chemistry di antara pemain.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *