MEMUAT

Taip untuk mencari

Kongsi

Team Caracal buat comeback luar biasa! Debut di MPL Malaysia S9 membawa nama baru, pasukan ini memiliki keserasian di antara pemain. Seperti yang kita tahu, pemain mereka terdiri daripada bekas pemain dari Team Bosskurr, Orange Esports & RSG MY. 

Walaupun baru dari segi nama, pemain pasukan Caracal bukanlah terdiri daripada pemain baru. Mereka semua ada pengalaman bermain di MPL. Tiada masalah untuk mereka dapatkan keserasian dalam MPL itu sendiri. Dari segi pemain, perlawanan di antara RSG MY menunjukkan bahawa Caracal selesa dengan Jungler mereka, LinkEzaa

Kemenangan 2-1 yang didapatkan oleh Caracal adalah disebabkan oleh persediaan draft yang baik. Draft Caracal memang menarik untuk dilihatkan. Pembawakan Fanny & Roger oleh rookie LinkEzaa sebagai Jungler, beliau memang carry Caracal sehingga ke akhir perlawanan!

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang
Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Perlawanan Pertama: RSG MY disiplin, Zacus menyerlah dengan Lolita

Di perlawanan pertama, RSG MY membawa masuk banyak hero late game yang mampu beri damage yang besar apabila mereka memasuki fasa late game. Dengan adanya Beatrix, Cecilion & Lolita, sukar untuk menghentikan mereka. Tapi, draft Team Caracal juga agak baik dengan adanya Claude. 

Zacus memang menyerlah di perlawanan pertama kerana beliau boleh initiate dalam perlawanan dengan sangat baik. Perlawanan yang agak Mudah sebenarnya apabila RSG MY menamatkan perlawanan di minit ke14:24. RSG MY berjaya dapatkan 9 turret, 2 turtle & 2 Lord seawal minit ke 13. 

Pengambilan Lord kedua ini membawa RSG MY kepada kemenangan. Semua inhibitor turret pasukan Caracal telah pun dijatuhkan. Sukar untuk Caracal dapatkan kemenangan. Mereka akhirnya melepaskan mata kemenangan ini buat RSG MY. 

RSG MY memenangi perlawanan dengan mata singkir 10 berbalas 1. Zacus berjaya rekodkan match KDA: 1/0/6.

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang
Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Perlawanan Kedua: Tidak ban Fanny adalah kesilapan RSG MY? 

Di perlawanan kedua, Jungler pasukan Caracal iaitu rookie LinkEzaa memang menyerlah. Pengawalan Fanny yang sangat berkualiti! Di perlawanan ini, kita boleh lihat Caracal lebih yakin untuk memulakan fight. Dengan persediaan draft yang lebih baik dari RSG MY, mereka mendahului dari segi mata singkir & objektif.

Fanny yang dimainkan oleh LinkEzaa sangat lincah. Mekanik yang tinggi diperlukan untuk mengawal Fanny dengan baik. Beliau juga initiate dalam perlawanan dengan sangat baik. Seawal minit ke 5, Caracal sudah pun mendapatkan 5 mata singkir di mana 3 penyingkiran tersebut didapatkan oleh seorang Fanny. 

Penggunaan Kadita dari Aimmm juga banyak memberi kelebihan buat Caracal dapatkan kemenangan. Berada dalam team fight ketika situasi itu memerlukan & itu yang dibuat oleh Caracal; komunikasi yang sangat baik dalam permainan!

Caracal memenangi perlawanan kedua dengan mata singkir 17 berbalas 5. LinkEzaa berjaya rekodkan match KDA: 5/0/4. 

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang
Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Perlawanan Ketiga: Sengit! Tapi Caracal lebih menyakitkan!

Di perlawanan ketiga, kedua-dua pasukan berikan persaingan yang sengit! Sangat sengit! Mereka mendahului dari segi mata penyingkiran. Kedua-dua pasukan sangat berdisiplin. Tetapi kemenangan berpihak kepada Caracal.

Selepas menjatuhkan 3 pemain RSG MY, mereka terus melakukan pushing bersama dengan minion untuk merebut peluang yang ada. Caracal berjaya mendapatkan 8 turret pasukan RSG MY memberikan kelebihan buat pasukan itu masuk ke dalam base RSG MY dengan mudah.

Caracal memenangi perlawanan ketiga dengan mata singkir 9 berbalas 8. LinkEzaa berjaya rekodkan match KDA: 4/0/3

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang
Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Penutup Regular Season: Minggu Pertama Hari Ketiga yang sangat baik ditunjukkan oleh pasukan Caracal. Pasukan yang diperkuatkan oleh Kuza itu berjaya menunjukkan kemampuan mereka dalam menguasai peta & team fight dengan sangat baik & berdisiplin!

Mereka memberi fokus sepenuhnya untuk dapatkan team fight yang baik & juga objektif! Disebabkan itu, kita boleh lihat semua pasukan Caracal bermain dengan sangat baik. Tetapi RSG MY juga tidak kurang hebatnya. Mereka ada skill mekanik, mereka ada kawalan peta yang baik. Cuma, dari segi team fight, mungkin Caracal ada kelebihan yang lebih lagi.

Performa yang sangat baik ditunjukkan oleh Caracal & RSG MY. Tamat sudah Minggu Pertama Regular Season MPL Malaysia S9. Masih berbaki 7 minggu untuk regular season. Masih banyak lagi pasukan yang belum mengeluarkan strategi mereka dengan penuh! Untuk saksikan jadual lengkap Regular Season MPL Malaysia S9, boleh ke laman rasmi MPL Malaysia!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *