MEMUAT

Taip untuk mencari

T1 menandatangani Gabbi untuk DPC akan datang

Kongsi

Gabbi atau nama sebenarnya Kim Villafuerte Santos secara rasminya akan bermain bersama T1 di musim DPC Tour yang akan datang, Gabbi telah menunjukkan prestasi yang sangat baik semasa menjadi stand-in pasukan T1.

T1 menandatangani Gabbi untuk DPC akan datang

Tidak lama Gabbi menjadi pemain stand-in untuk pasukan T1 sebelum beliau ditandatangani secara rasmi untuk menjadi pemain utama pasukan itu. Perkara ini telah diumumkan oleh organisasi T1 di Twitter rasmi mereka.

Pengumuman ini telah menyelesaikan persoalan di dalam kalangan peminat T1. Selepas ketiadaan 23Savage sebagai pemain carry pasukan itu membuatkan peminat sedikit geram dengan tindakan T1 ke atas 23Savage.

Reaksi daripada peminat sangatlah mengecewakan selepas mereka melihat cara organisasi T1 tidak menghargai pemain yang menjayakan matlamat mereka dengan menendang pemain daripada pasukan secara tiba-tiba. Malah peminat daripada Thailand juga tidak beberapa menyukai pertukaran pemain yang dilakukan T1.

Walau bagaimanapun keputusan yang mereka perolehi semasa Peringkat Akhir Serantau, sudah tentu senarai pemain mereka masih belum mencapai tahap maksimum. Ramai mata akan memerhati mereka dengan harapan yang tinggi, terutamanya dengan kehadiran Gabbi ke dalam pasukan.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *