MEMUAT

Taip untuk mencari

DaddyHood bertanggungjawab ke atas kes Mikey

Kongsi

Menurut Laphel menerusi siaran langsung yang dilakukannya berkenaan kejadian yang menimpa terhadap Axis Esport yang telah ditarik semula penyertaannya daripada menyertai MPL MY/SG yang akan datang. Perkara itu telah diulas oleh Laphel dan memberi sedikit sebanyak kejadian yang telah berlaku.

Selepas terjadinya isu berkenaan “Joki” ataupun “perkhidmatan jurulatih”, Laphel telah bertanya sendiri kepada Avaa yang terpalit dengan kontroversi itu demi mendapatkan kepastian daripada tuan badan sendiri. Avaa yang merupakan kawan kepada Laphel telah menidakkan perkara itu dan bagi dirinya, Laphel lebih mempercayai rakannya sendiri.

Selepas pasukan Mikey terbukti telah melanggar aturan undang-undang yang dibuat oleh MPL, kontroversi itu terus kecoh dan mencetus kemarahan beberapa pihak yang terbabit dalam kejadian itu, seperti MAB esports. 

Sebagai orang bertanggung jawab, Daddyhood telah memohon maaf kepada pihak Abang Lord iaitu pengasas bagi pasukan MAB secara langsung. DaddyHood juga mengatakan bahawa beliau tidak mengatahui apa yang sebenarnya terjadi dan dia sedia untuk bertanggungjawab untuk kejadian itu.

Malah DaddyHood juga telah dihubungi oleh pihak Axis Esport, lantaran dengan slot yang telah Axis yang telah digugurkan daripada bermain di MPL. DaddyHood juga telah memberikan jalan penyelesaian yang adil dengan membayar semula ke semua duit yang telah diberikan oleh pihak Axis demi mendapatkan slot MPL musim ini.

Disebabkan organisasinya juga terpalit dengan masalah ini selepas salah seorang daripada pemain pasukan Homebois terlibat dan pasukan Mikey yang merupakan anak buahnya, DaddyHood menanggung malu akibat perbuatan mereka.

Akhir sekali, Laphel mengatakan bahawa organisasi DaddyHood perlu mendapatkan kepercayaan orang ramai selepas apa yang terjadi. Malah individu yang terlibat juga telah mendapatkan hukuman dan Avaa juga telah meninggal e-sukan Malaysia untuk selama-lamanya.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya