MEMUAT

Taip untuk mencari

Nasihat Soloz dan Daddy untuk berjaya

Kongsi
Nasihat Soloz dan Daddy untuk berjaya

Baru-baru ini Soloz dan juga DaddyHood telah menghadiri satu sesi Sembang Santai anjuran Rakan Muda yang di hostkan oleh Marsila Hassan. Temu bual itu dilakukan bagi mengajukan pandangan, nasih dan cadangan berkenaan sukan & esukan di negara kita.

Soloz yang merupakan bekas pemain profesional itu telah menukar haluan dan memfokuskan ke bidang penstriman dan mempunyai sebanyak 2.5 juta pengikut di page beliau. Soloz juga telah menerima banyak award sepanjang karriernya dalam bidang penstriman.

DaddyHood pula yang dikenali sebagai bapa esport dan merupakan ikon bagi PUBG Mobile Malaysia. Beliau yang sekarang giat untuk membantu anak-anak muda untuk berjaya dalam bidang e-sukan dan beliau juga memfokuskan dalam penstriman dan juga production yang ditubuhkannya.

Credit : RakanMuda

Nasihat Soloz

Esport ni luas dan pelbagai anjuran kejohanan dan faedah lain yang disediakan daripada pihak-pihak tertentu, tetapi tak perlu tergesa-gesa untuk mendapatkan itu semua. Pelajaran itu tersangat penting, bagi anak-anak muda yang masih bersekolah fokuskan untuk menimba ilmu. Dan jika ingin memasuki bidang streaming harus memberikan komitmen dan jangan mengambil perkara itu sambil lewa. Kita perlu mempunyai hala tuju yang jelas dan objektif dalam sesuatu bidang yang kita ceburi.

Nasihat Daddy

Dalam apa-apa perkara yang kita lakukan dan menganggap itu ibadah insyaAllah kita akan berjaya, kita hidup untuk berjaya di dunia dan akhirat. Dalam apa pekerjaan yang dilakukan kita kena fikirkan untuk apa kita bekerja contohnya ekonomi, keluarga dan lain-lain. Berkongsi dan bersedekah itu satu pelaburan yang tak merugikan untuk berjaya.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *