MEMUAT

Taip untuk mencari

DaddyHood akan berehat daripada e-sukan dan streaming

Kongsi
DaddyHood akan berehat daripada e-sukan dan streaming

Bapa pemodenan esukan Malaysia, yang dikenali sebagai DaddyHood atau nama sebenarnya Nureddy Nursal akan berehat daripada melakukan siaran langsung dan juga penglibatannya di dalam e-sukan tanah air.

Perkara ini telah dijelaskan oleh DaddyHood sendiri, menerusi siaran langsung yang dibuatnya pada tempoh hari. Sebelum ini, DaddyHood telah dimasukkan ke rumah sakit selepas didapati dijangkiti oleh Covid-19. Disebabkan itu, DaddyHood memutuskan untuk memberi tumpuan pada kesihatan dirinya lebih dari sebelum ini.

Keputusan ini dibuat atas saranan doktornya sendiri, dan DaddyHood juga akan berehat daripada melakukan sebarang pekerjaan atau pengurusan di organisasinya selepas ini. Berkemungkinan, beliau akan memberi tanggung jawab itu terhadap partner kerjanya untuk mengawasi organisasi itu semasa ketiadaannya.

Menurut DaddyHood, keputusan itu adalah tepat untuk dirinya yang telah menghabiskan 3 tahun di dalam industri e-sukan tanah air tanpa sebarang rehat. Dirinya kini, lebih memerlukan masa bersama keluarga dan mengurangkan tekanan demi kesihatannya sendiri.

Walau bagaimanapun, DaddyHood tidak menyatakan sebarang kenyataan bahawa beliau akan bersara sepenuhnya daripada industri e-sukan tanah air. Beliau masih lagi akan bersama peminat dan ahli keluarga organisasinya, tetapi tidak sekerap seperti dahulu.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *