MEMUAT

Taip untuk mencari

DaddyHood nak buka Esport Cafe?

Kongsi
DaddyHood nak buka Esport Cafe?

Semalam DaddyHood memaklumkan bahawa beliau dan bersama organisasi Homebois bakal membuka esport cafe pada tahun hadapan. Beliau yang sebelum ini hanya memberi tumpuan terhadap esport sebelum mengembangkan lagi organisasinya hingga mempunyai productions sendiri.

Sebelum ini DaddyHood telah melancarkan akademi PUBG Mobile bagi membantu pasukan-pasukan baharu untuk berjaya dalam platform esukan ini.

CREDIT TO : Pencil Robot

Esport cafe ini akan dilancarkan pada tahun 2022, buat masa sekarang tapak itu masih lagi dalam proses untuk dibangunkan. Esport cafe itu terletak di Petaling Jaya Selangor bersebelahan dengan showroom Mazda berdekatan dengan Federal highway.

Konsep yang akan dibawa seakan-akan seperti Lepak King, ia dibuat secara terbuka dan mempunyai pelbagai gerai makanan. DaddyHood juga menambah bahawa akan ada skrin besar yang memaparkan pemain-pemain yang sedang membuat siaran langsung. Bagi peniaga-peniaga yang ingin berniaga disitu boleh hubungi beliau untuk pertanyaan lebih lanjut.

Dengan adanya Esport cafe ini, ia merupakan kemudahan bagi semua yang terlibat dalam Esport untuk berjumpa dan meluangkan masa bersama. Terdapat beberapa pemain-pemain pro yang akan menetap disana bagi memeriahkan lagi suasana.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya