Arena of Valor International Championship (AIC) 2021 akan diadakan pada 27 November sehingga 19 December yang akan melibatkan sebanyak 14 pasukan dari 8 Wilayah yang berbeza.
AIC 2021 akan melibatkan sebanyak 14 pasukan terbaik yang berjaya menjadi pasukan terbaik di wilayah masing-masing menerusi saringan setempat.
Berikut merupakan 14 pasukan terbaik yang akan menyertai AIC 2021:
Sama seperti AWC 2021, kelayakan berasingan akan diadakan untuk MSP, China, Korea dan Jepun.
Kini, saringan pasukan di setiap wilayah telah pun tamat di mana 14 pasukan lengkap yang akan menyertai AIC 2021 adalah muktamad.
Bagi wilayah Malaysia, Singapore dan Philippines (MSP), UndeRank akan menjadi satu-satunya wakil tunggal wilayah MSP di AIC 2021 nanti. Pasukan UndeRank telah pun melalui saringan MSP yang baru sahaj menutup tirai mereka pada 6 November yang lalu.
Antara pasukan yang turut terlibat dalam saringan MCP adalah M8HEXA, HX未知天堂, AMT, KALASAG ALL STAR, IMPERIAL ESPORTS dan ENCORE E-SPORTS.
Kumpulan hadiah bagi Arena of Valor International Championship (AIC) 2021
Disebabkan AIC 2021 merupakan kejohanan yang diadakan sekalu gus bagi menyambut 5 Tahun Arena of Valor, pihak penganjur menawarkan kumpulan hadiah yang besar iaitu sebanyak $1,000,000 USD.
Kumpulan hadiah ini dikatakan telah meningkat sebanyak 2 kali ganda sejak tahun lepas iaitu dari $500,000 ke $1,000,000.
Pada tahun lalu, pasukan dari Taiwan iaitu MAD Team (MAD) telah pun menjuarai kejohanan ini diikuti dengan Saigon Phantom (SG) yang berjaya menamatkan kedudukan di tempat kedua.
14 pasukan yang layak ke Arena of Valor International Championship (AIC) 2021
Saringan/Kejohanan | Pasukan | Negara |
Garena Challenge Series (GCS) | ONE TEAM (ONE) Hong Kong Attitude (HKA) MAD Team (MAD) | Taiwan |
Arena of Glory (AOG) | Saigon Phantom (SGP) V Gaming (VGM) Team Flash (FL) | Vietnam |
RoV Pro League (RPL) | dtac Talon Esports (DTN) Valencia CF Esports (VCF) Buriram United (BRU) | Thailand |
AOV Star League (ASL) | ArchAngel (ARC) | Indonesia |
Malaysia, Singapore, and the Philippines (MSP) | UndeRank (UR) | Malaysia |
China — Direct Invitee | AG Super Play (AG) | China |
Korea — Direct Invitee | Team Olympus (OP) | Korea |
Jepun | X Esports (XE) | Jepun |
Group stage AIC 2021: Kumpulan A & Kumpulan B
Kumpulan A | Kumpulan B |
DTN | SGP |
BRU | ARC |
MAD | HKA |
XE | ONE |
OP | UR |
AG | FL |
VGM | VCF |
Jadual bagi Arena of Valor International Championship (AIC) 2021
Bagi peringkat akhir (grand finals), ia akan diadakan pada 19 Disember di mana peringkat akhir bakal berlangsung di tempat-tempat yang berbeza seperti Ho Chi Minh City, Taipei City, Bangkok, Seoul, Tokyo, Shanghai dan Jakarta.
Wilayah | Siaran Langsung |
Global | Arena of Valor YouTube channel |
Thailand | Garena RoV Thailand YouTube channel |
Taiwan | Garena 傳說對決 YouTube channel |
Vietnam | Liên Quân Mobile eSports – Garena YouTube channel |
Indonesia | Garena AoV Indonesia YouTube channel |
Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang Arena of Valor International Championship (AIC) 2021, boleh ke Facebook Arena of Valor Build & Info atau laman rasmi Arena of Valor.
Jangan lupa ikuti Hyprgame di Twitter, Facebook dan Instagram untuk berita menarik!