MEMUAT

Taip untuk mencari

Ghostik masuk pasukan Empire ?

Kongsi
Ghostik masuk pasukan Empire ?

Staff Empire menandatangani pemain veteran Andrii “Ghostik” Kadyk untuk membimbing barisan Dota 2 kumpulan itu.

Empire telah membawa semula rakan baik mereka iaitu Ghostik ke dalam barisan pemain, beliau yang merupakan pemain utama dalam saingan mereka semasa peringkat kumpulan di TI7. Ghostik telah berpindah ke pasukan CIS selepas meninggalkan pasukan Empire pada tahun 2018.

Staff Empire merupakan pasukan tertua dalam scene Dota 2. Kumpulan itu telah berada di dalam pro scene semenjak 2012 dan telah mendapatkan banyak pencapaian tertinggi, mereka juga mendapat tempat ke 7 di The Worldwide 2017.

Pasukan itu telah menunjukkan prestasi yang amat cemerlang, tetapi baru-baru ini semasa di kejohanan The International 10 mereka kalah 3-2 terhadap pasukan Juara The Spirit.

Staff Empire juga mengatakan bahawa Ghostik bukanlah satu-satunya pemain yang dibawa masuk malahan Alexander Potapenko a.k.a Lightness juga akan bermain. Beliau sebelum ini di dalam senarai pemain yang tidak aktif dan kini akan beraksi bersama Ghostik untuk DCP musim hadapan.

Seorang lagi bekas peserta B8, Sergey “[T]SA” Timchenk  akan menjadi ahli kumpulan itu, bersama-sama dengan pasangan pemain yang agak tidak dikenali iaitu Vitaly “Mannik” Brezgin dan Oleh “Kaori” Medvedok. Kaori ditandatangani Empire daripada senarai Cascade.

Empire memberitahu pasukan ini berkemungkinan akan memulakan perjalanan mereka dalam masa terdekat ini, setelah mendapat chemistry. Mereka akan bertanding di Dota 2 Championship League 2021 dan DPC yang akan datang.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya