MEMUAT

Taip untuk mencari

Pemain baharu di Bigetron ION

Kongsi
Pemain baharu di Bigetron ION

Bigetron Esport telah mengumumkan pengambilan ahli baharu buat division PUBG Mobile mereka, semalam. Perkara ini diumumkan oleh pihak Bigetron Esport melalui satu postingan rasmi di Instagram mereka, kemasukkan pemain baharu ini melengkapi barisan pemain yang akan bertanding di musim PMPL ID yang hampir tiba.

Excel Tio Ananta atau lebih dikenali sebagai “Frenzzy” merupakan pemain yang agak lama dalam scene kompetitif PUBG Mobile Indonesia. Beliau telah memulakan kariernya bersama pasukan Morph pada tahun 2022 dan telah menjuarai 2 kejohanan rasmi sepanjang berada di pasukan itu. 

Malah Frenzzy dan bekas pasukannya Morph juga pernah bermain di PUBG Mobile World League dan berakhir di tempat ke 18. Meskipun, sepanjang beliau berjuang di arena kompetitif profesional PUBG Mobile tidak dapat keputusan yang agak cemerlang, tetapi ini adalah salah satu peluang yang hebat bagi beliau untuk menyertai organisasi yang besar dan kukuh.

Frenzzy akan memegang role rusher bagi pasukan BTR ION, dengan pengalaman beliau bermain di 3 pasukan sebelum ini, mungkin mampu memberi corak permainan yang lebih stabil dan diikuti dengan fasiliti yang disediakan oleh pihak Bigetron mampu menambah baikkan skill individualnya.

Sumber : IG BigetronEsports

Kini pasukan Bigetron ION akan diwakili oleh 5 orang pemain iaitu : 

  • Misery   – Alvin Sahri Ramadhan
  • GenFos – Genta Fostar
  • ROCKY – Muhammad Ilham
  • FAJAR  –  Fajaryan Syawaldi
  • Frenzzy – Excel Tio Ananta

Kini Bigetron ION sudah bersedia untuk memberi saingan di arena PUBG Mobile Indonesia pada musim ini. Di dampingi oleh KinGzz sebagai penganalisis pasukan ION dan juga pengurus mereka Breworks.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya