MEMUAT

Taip untuk mencari

Kongsi

Tinggal 1 hari sahaja lagi sebelum MPL Malaysia S9 membuka arena mereka bagi memulakan minggu pertama regular season. 10 pasukan yang dibahagikan kepada 2 kumpulan; Kumpulan A & Kumpulan B akan berentap untuk mendapatkan tempat teratas di regular season.

Kita sudah melihat 10 pasukan terbaik MPL Malaysia mempersiapkan unit mereka. Ada pasukan yang mengubah roster, menambah pemain baru & mengekalkan roster yang sama dari musim lalu. Adakah pengekalan roster atau kemasukan pemain baru lebih efektif?

Kami di Hyprgame akan menyusun 10 pasukan dalam Power Ranking Pramusim MPL MY S9 sebelum bermulanya regular season. Power Ranking ini dinilai secara kasar melalui pencapaian & performa pada musim lalu. 

Sumber: MPL Malaysia

10. MAB Esports

Menduduki carta ke-10 dalam Power Ranking Pramusim MPL MY S9 bukanlah sebab MAB Esports tidak memiliki kekuatan yang jitu. Memasuki MPL itu sendiri cukup untuk buktikan kekuatan pasukan ini. Menjadi pencabar baru dalam MPL Malaysia S9 pada kali ini, banyak yang mereka harus buktikan!

Pengalaman yang ada pada pemain mereka sebagai pasukan semi pro league tidak dapat dinafikan lagi. Mungkin MAB Esports mampu beri kejutan yang besar dalam MPL Malaysia S9. Buat masa sekarang, performa mereka ketika di kelayakan tertutup (menentang Team Lemah) berada di tahap yang baik

Adakah kekurangan pengalaman akan melumpuhkan sedikit performa mereka di MPL Malaysia S9? Dapatkah 8 minggu regular season itu memberi impak yang besar buat pendatang baru dalam MPL pada musim ini?

Sumber: MPL Malaysia

9. Red Esports

Seperti yang kita tahu, Red Esports telah pun memiliki slot mereka di MPL Malaysia S9 melalui slot Team Bosskurr. Mereka juga diperkuatkan oleh bekas jurulatih Orange Esports iaitu Sora. Disebabkan tewas untuk layakkan diri ke playoffs & meninggalkan performa yang kurang baik pada musim lalu, Red Esports harus bekerja dengan lebih keras lagi pada musim ini.

Pasukan ini akan berada di dalam Kumpulan B bersama dengan pasukan Todak, Geek Fam, RSG MY & Team Caracal. Memang Kumpulan B sangat mencabar berbanding daripada Kumpulan A. Dapatkah Red Esports menebus semula kekurangan mereka pada musim lalu? 

Sumber: MPL Malaysia

8. Orange Esports

Walaupun Orange Esports mendapatkan kedudukan ketiga pada musim yang lalu, tetapi secara tradisinya, organisasi e-sukan ini sering melepaskan line up mereka. Jadi, pada pembukaan musim baru, mereka akan didatangi dengan roster baru. 

Kalau bercakap tentang roster di MPL Malaysia S8, memang roster itu melahirkan bakat yang berpotensi besar. Tetapi untuk MPL Malaysia S9, mereka sekali lagi akan membuat perubahan roster. Mungkin roster Orange Esports kali ini akan memperlihatkan Valenz, Mann & Minn kekal bersama dengan pasukan itu.

Orange Esports akan berada dalam Kumpulan A yang terdapat 4 lagi pasukan; HomeBois, MAB Esports, Team SMG & Suhaz Esports. Adakah dengan barisan pemain baru, Orange Esports boleh kekal sebagai organisasi e-sukan yang berjaya mengangkat nama-nama baru dalam MPL? 

Sumber: MPL Malaysia

7. Suhaz Esports

Roster Suhaz Esports memperlihatkan Eavy dikekalkan dalam line up mereka. Mereka juga mengekalkan roster yang sama. Tidak ada sebarang perubahan kecuali dengan kembalinya Eavy di dalam roster Suhaz.

Apa yang dinanti-nantikan oleh line up ini adalah jurulatih mereka. Suhaz Esports telah pun mengambil jurulatih muda yang berumur 18 tahun untuk perkuatkan roster mereka. Kelvinunting (Rexvinn) pernah memimpin skuad MLBB wanita pasukan itu, Suhaz Ariel di Kejohanan Jemputan Wanita Mobile Legends 2022. 

Dengan bakat yang ada pada Rexvinn sebagai jurulatih muda, dapatkah beliau membawa Suhaz Esports menjuarai MPL Malaysia S9? Bakat muda dalam MLBB memang sangat diperlukan & dengan adanya Rexvinn sebagai jurulatih sepenuh masa pasukan itu, beliau mungkin mampu bawa Suhaz Esports mendapatkan pencapaian & perubahan yang baik pada musim ini.

Sumber: MPL Malaysia

6. RSG MY 

Juara MPL Malaysia S7 ini juga boleh jadi pencabar terkuat di MPL Malaysia S9. Walaupun sebahagian besar daripada roster RSG MY telah berpindah ke Team Caracal, mereka masih lagi memiliki pemain-pemain berbakat seperti Izanami, Kuza & Zacus.

Selain daripada perubahan dari segi pemain, RSG MY juga membawa masuk Jason, jurulatih yang pernah membimbing pasukan RSG SG. Dengan pengalaman yang Jason ada serta roster yang boleh dikatakan baru yang disediakan oleh RSG MY, mungkin mereka boleh bina sinar baru untuk pasukan itu.

Sumber: MPL Malaysia

5. Geek Fam

Ketiadaan Xorn di MPL Malaysia S9 agak merisaukan. Walaupun Geek Fam diperkuatkan oleh beberapa pemain baru & lama seperti Burpyyy & Saiyajinn, Xorn merupakan tunggak utama Geek Fam. Tapi kita tahu Geek Fam adalah pasukan yang mampu beri saingan dalam MPL Malaysia.

Dengan adanya Saiyajinn yang menggantikan role Xorn di MPL Malaysia S9, dapatkah Geek Fam membuktikan bahawa mereka mampu mengangkat nama pasukan itu walaupun dengan ketiadaan Xorn?

Sumber: MPL Malaysia

4. HomeBois

Kekuatan HomeBois di regular season tidak dapat dinafikan. Mereka memiliki fokus yang baik. Pemain yang mengisi roster mereka juga terdiri daripada pemain yang berbakat terutamanya Chibi. Tetapi, kalau masuk playoffs, performa mereka sedikit kurang baik lebih-lebih lagi berjumpa dengan pasukan gergasi seperti Todak & Team SMG.

Untuk MPL Malaysia S9, HomeBois mengekalkan pemain yang sama kecuali IjatOjang. Power Ranking kali ini memperlihatkan HomeBois di kedudukan ke-4 kerana skill yang mereka ada. Memang mereka ada gameplay yang baik. Tapi, di dalam Kumpulan A ada pencabar baru & pembaharuan roster yang padu. 

Sumber: MPL Malaysia

3. Team Caracal

Untuk roster Caracal, dari segi keserasian, rasanya mereka sudah pun memiliki semua aspek tersebut. Caracal juga membawa masuk bekas pemain Jungler Orange Esports yang memenangi anugerah rookie terbaik di MPL Malaysia S8 iaitu LinkEzaa.

Selain daripada kekuatan yang Caracal ada, komuniti MLBB Malaysia juga mahu melihat roster ini dimainkan di MPL Malaysia S9; kombinasi bekas pasukan Orange Esports, Team Bosskurr & RSG MY. Dapatkah Caracal berikan performa yang baik walaupun tanpa Leixia dalam pasukan itu? 

Sumber: MPL Malaysia

2. Todak

Tanpa Ciku di MPL Malaysia S9 ini tidak merubah kenyataan bahawa Todak adalah pasukan paling konsisten. Memang Ciku merupakan pemain Bintang pasukan itu, tetapi kalau dilihatkan pemain Todak melakukan latihan bersama, Ajiq memiliki potensi yang cerah sebagai pelapis Ciku. 

Todak akan berentap di dalam Kumpulan B bersama dengan Geek Fam, RSG MY, Team Caracal & Red Esports. Memang mencabar kerana semua pasukan keras. Mengenali Todak, mereka adalah salah satu pasukan yang memegang roster yang paling konsisten di MPL. 

Dapatkah Todak beraksi dengan cemerlang tanpa Ciku pada musim ini? Dapatkah Ajiq akan membuktikan kehebatan beliau sebagai seorang full time Jungler di MPL MY S9?

Sumber: MPL Malaysia

1. Team SMG

Juara MPL Malaysia S8 ini memiliki roster yang sangat padu. 3 pemain Team SMG; Smooth Sasa & Zaimsempoi sudah tersedia berbakat. Ditambah pula dengan 4 orang pemain di mana 2 daripada pernah mengisi roster besar; Leixia & Panda. Sukar untuk letakkan Team SMG di kedudukan kedua Power Ranking Pramusim MPL MY S9.

Dengan adanya Sasa & Leixia dalam satu pasukan, memang semua komuniti MLBB Malaysia tidak sabar untuk menantikan gandingan duo ini. Pasukan ini akan diperkuatkan oleh satu-satunya jurulatih, James yang memegang kejuaraan MPL sebanyak 2 kali. 

Sumber: MPL Malaysia

Itulah kedudukan 10 pasukan di dalam Power Ranking Pramusim MPL MY S9. Kedudukan ini dinilai melalui performa sebelum ini & ia adalah Power Ranking Pramusim (sebelum bermulanya musim MPL Malaysia S9). Kami di Hyprgame akan mengemaskini power ranking ini pada minggu yang mendatang.

Regular season MPL Malaysia S9 akan berlangsung pada 18 Februari sehingg 10 April (8 Minggu). Fasa ini adalah fasa yang penting untuk 10 pasukan kerana ia akan menentukan kedudukan mereka di playoffs. 10 pasukan ini dilihatkan telah mempersiapkan roster mereka dengan rapi. Hanya perlu berjuang dalam 8 minggu regular season dimainkan!

Siaran langsung MPL Malaysia S9

Seperti biasa, MPL Malaysia akan bersiaran langsung di 2 platform utama mereka iaitu Facebook & Youtube. Mungkin akan ada streamer yang membuat siaran langsung regular season di bawah hak cipta MPL Malaysia. Tetapi 2 platform utama adalah menerusi Youtube Mobile Legends: Bang Bang & Facebook MPL Malaysia

Kejohanan MPL Malaysia S9 akan diadakan secara offline di EBN Esports City, Quill City Mall, Kuala Lumpur. Mungkin tidak akan ada penonton ketika regular season berlangsung. Lebih dari RM 400,000 kumpulan hadiah menjadi taruhan. Pasukan manakah yang akan dinobatkan sebagai juara MPL Malaysia S9?

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya